INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT, JOHOR
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA
PERGURUAN (PPISMP) AMBILAN JUN 2010
GERKO
SUKAN DAN PERMAINAN ( MEMANAH )
AHLI KUMPULAN
AMIRUL FAIZ BIN MUHAMMAD
MOHD IKHWAN BIN ABD TAIB
KHAIRUL AMILEIN BIN RAHIM
OPSYEN
PSV / BI / BM 2
NAMA PENSYARAH
EN HASSAN BIN AHMAD
PENGHARGAAN
Terima kasih diucapkan kepada Encik Hassan Bin Ahmad kerana telah memberikan tugasan ini dan telah banyak membantu dalam proses menyiapkan tugasan ini. Berdasarkan tugasan ini, kami telah belajar banyak perkara baru berkaitan dengan sukan memanah yang amat jarang dimainkan di Malaysia.
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa kami yang turut membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini secara tidak langsung memberi semangat dan turut menyumbangkan sedikit sebanyak idea-idea mengenai tugasan ini. Tidak lupa kepada rakan-rakan yang tidak jemu membantu dan menyumbangkan idea untuk menyiapkan tugasan ini.
Akhir sekali, kami mengharapkan agar tugasan kami ini dapat diterima oleh Encik Hassan Bin Ahmad kerana kami telah siapkan tugasan ini sebaik mungkin. Kami harapkan ilmu yang kami perolehi daripada tugasan ini dapat digunakan sepenuhnya ketika kami menjadi guru nanti.
Sekian, terima kasih.
SENARAI KANDUNGAN
PENDAHULUAN
Kertas kerja ini merupakan cadangan bagi aktiviti program yang bakal dilaksanakan yang melibatkan guru – guru sekolah, dan murid – murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Seri Negeri. Program yang bakal dilaksanakan ialah pertandingan memanah di peringkat sekolah. Ia bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara warga sekolah dan menyemarakkan lagi semangat kesukanan dalam kalangan guru serta murid terutamanya dalam bidang memanah..
Selain itu, aktiviti ini diharap dapat menyemaikan ciri – ciri sahsiah bersepadu, interaksi sosial yang positif dan juga dapat menonjolkan bakat yang terpendam dalam diri para pelajar. Aktiviti ini juga digunakan sebagi landasan penting untuk membentuk semangat berpasukan dalam kalangan peserta – peserta.
Dalam pada itu juga, semasa aktiviti ini dijalankan adalah diharapkan ia dapat menyerlahkan lagi sifat kepimpinan dalam kalangan peserta. Selain itu juga, aktiviti ini dilihat sebagai jalan terbaik untuk berinteraksi di mana peserta dapat mengurangkan rasa tekanan dalam pembelajaran.
Semoga cadangan aktiviti dalam kertas kerja ini memberi maklumat yang diperlukan untuk program ini.
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN MEMANAH
PEREMPUAN DAN LELAKI PERSEORANGAN
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TIGA SERANGKAI
TARIKH
5 OGOS 2011
TEMPAT
BILIK MESYUARAT
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TIGA SERANGKAI
ANJURAN:
JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
BIRO SUKAN DAN REKREASI
GURU PENASIHAT MEMANAH TAHUN 4
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TIGA SERANGKAI
TEMA
“MEMANAH SUKAN BERSAMA”
ISI KANDUNGAN
JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN MEMENAH
TARIKH,TEMPAT DAN KATEGORI PERTANDINGAN MEMANAH
GELANGGANG/PERALATAN PERTANDINGAN
ANGGARAN PERBELANJAAN PERTANDINGAN
PENGENALAN
Memanah adalah merupakan satu aktiviti yang telah wujud sejak beratus-ratus tahun dahulu. Zaman dahulu manusia menggunakan kemahiran memanah untuk memburu binatang dijadikan makanan ataupun sebagai salah satu teknik berperang. Tetapi hari ini kemahiran memanah juga telah dipertandingkan sebagai salah satu acara sukan. Sesuai dengan perkembangan dunia pendidikan masa kini yang semakin mencabar dalam era menuju ke pendidikan global dan bertaraf dunia, seharusnya guru sekolah khususnya yang terlibat dalam dunia sukan diperlengkapkan dengan sebanyak mungkin ilmu bagi memikul tanggungjawab mendidik, membimbing dan melatih pelajar – pelajar sekolah bagi mencapai visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia.
RASIONAL
Di peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah samada peringkat Kebangsaan mahupun negeri telah wujud pertandingan dalam berbagai kategori namun dari segi penyertaannya belum begitu meluas. Oleh itu, rasional kertas kerja ini adalah untuk memupuk semangat kesukanan dan mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan guru dan murid Sekolah Kebangsaan Seri Negeri. Selain itu, aktiviti ini dapat mengaplikasikan kemahiran asas dalam kalangan murid. Justeru, dapat melahirkan sifat kepimpinan dan merapatkan hubungan dalam kalangan pelajar.
MATLAMAT
Matlamat pertandingan memanah ini akan memberi peluang kepada lebih ramai pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Negeri menerima pendedahan dalam kemahiran memanah. Secara tidak langsung akan dapat melahirkan bakat – bakat yang mempunyai pengetahuan asas kemahiran memanah yang akhirnya akan dikembangkan dalam kalangan pelajar sekolah – sekolah lain di seluruh negara.
OBJEKTIF
Adalah diharapkan dengan terlaksananya pertandingan memanah ini akan dapat :
a) Mengalakkan penyertaan sukan Memanah dalam kalangan semua warga Sekolah Kebangsaan Seri Negeri.
b) Menjalinkan hubungan baik antara peserta – peserta memanah dan seluruh warga Sekolah Kebangsaan Seri Negeri.
c) Menggalakkan interaksi antara para pelajar dan juga guru – guru Sekolah Kebangsaan Seri Negeri.
d) Melahirkan lebih ramai bakat memanah dalam kalangan pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Negeri sendiri.
TAJUK
Pertandingan Memanah (Perempuan dan Lelaki Perseorangan)
Peringkat Sekolah
UNIT YANG MENGEMUKAKAN
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Biro Sukan dan Rekreasi
Guru Penasihat Memanah Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Negeri.
JAWATANKUASA KELAB MEMANAH
SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN SERI TIGA SERANGKAI
PENAUNG
Puan Khalida bte Hamid
Guru Besar Sek Ren Keb Seri Negeri
GURU PENASIHAT
Encik Maulana bin Hahamid
Encik Khuram Bin Karim
Encik Kenny Dalglish
Puan Liza bte Pizuti
Puan Karolina bte Wacniacki
PENGERUSI
Steven Gerrard bin Hamdan
TIMBALAN PENGERUSI
Mohamad Thuram Bin Jamil
SETIAUSAHA
Samir Binti Nasri
PENOLONG SETIAUSAHA
Mohd Nabil Bin El-zhar
BENDAHARI
Najiha Binti Wagiman
ANGGOTA JAWATANKUASA
Ku Haikal Bin Azman
Aamih Bin Norhisham
Nabila Huda Binti Rais
JAWATANKUASA PENGELOLA
KEJOHANAN MEMANAH PERINGKAT SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN SERI TIGA SERANGKAI
GURU PENASIHAT
Encik Maulana bin Hahamid
Encik Khuram Bin Karim
Encik Kenny Dalglish
Puan Liza bte Pizuti
Puan Karolina bte Wacniacki
PENGERUSI
Steven Gerrard bin Hamdan
TIMBALAN PENGERUSI
Mohamad Thuram Bin Jamil
SETIAUSAHA
Samir Binti Nasri
PENOLONG SETIAUSAHA
Mohd Nabil Bin El-zhar
BENDAHARI
Najiha Binti Wagiman
ANGGOTA JAWATANKUASA
Ku Haikal Bin Azman
Aamih Bin Norhisham
Nabila Huda Binti Rais
MAKAN
Mohamad Arif Bin Manan
Siti Afifah Binti Muhajirin
GELANGGANG & PERALATAN
Alif Haikal Bin Azman
Aminuddin Bin Norhisham
KECEMASAN & PERUBATAN
Shafie Bin Jalal
Nabila Huda Binti Rais
MINUMAN PERTANDINGAN
Norhidayah Binti Idris
BUKU PROGRAM/SIJIL & HADIAH/CENDERAMATA
Afiq Syahmi Bin Adnan
Mohamad Rafie Bin Husni
STATISTIK/KEPUTUSAN & PENGACARA
Mohamad Afiq Alias Bin Bahrom
Muhamad Afifi Bin Abu Bakar
TENTATIF PROGRAM
TARIKH | MASA | AKTIVITI |
8 Ogos 2010 (Jumaat) | 07.30 – 08.00 pg 08.00 _ 09.00 pg 09.00 _ 09.45 pg 09.45 _ 10.00 pg 10.00 _ 12.00 tgh
| Pendaftaran Mesyuarat Pengurus Pasukan/Mesyuarat Hakim Sighters dan Pemeriksaan Alatan Persiapan Padang Pertandingan I: Jarak 90m _ L Jarak 90m _ P |
9 Ogos 2011 (Sabtu) | 08.00 – 08.45 pg 08.45 – 09.00 pg 09.00 _ 12.00 tgh
02.00 – 02.30 ptg 02.30 – 03.15 ptg 03.30 _ 06.00 ptg | Sighters Persiapasn Padang Pertandingan II: Jarak 70m _ L Jarak 70m _ P Sighters Persiapan Padang Pertandingan III: Jarak 60m _ P Jarak 60m _ L |
10 Ogos 2011 (Ahad) | 08.00 – 08.45 pg 08.45 _ 09.00 pg 09.00 _ 12.00 tgh
12.00 – 1.00 ptg
| Sighters Persiapan Padang Pertandingan IV: Jarak 30m _ P Jarak 30m _ L Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah
|
SYARAT PERTANDINGAN
MEMANAH
1. Pertandingan akan dijalankan mengikut Peraturan-Peraturan Am MSSM dan Undang-undang International Archery Federation (FITA).
2. Setiap kelas dibenarkan menghantar tidak lebih 4 peserta lelaki dan 4 peserta perempuan dalam acara individu.
JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan akan dijalankan secara perseorangan dalam jangka masa tiga (3) hari termasuk hari latihan rasmi (sighters)
Lelaki / Wanita Perseorangan dan Berpasukan (12 Tahun dan ke bawah)
Jarak 90 M
Jarak 70 M
Jarak 60 M
Jarak 30 M
Acara Perseorangan
Setiap pasukan dibenarkan menghantar hanya empat (4) orang pemanah lelaki dan empat (4) orang pemanah wanita bagi tiap kategori umur dalam acara perseorangan(kecuali bagi acara 12 tahun dan ke bawah)
SISTEM PERTANDINGAN
1. Setiap peserta diwajibkan memanah kesemua empat ( 4 ) jarak yang dipertandingkan sebanyak 36 anak panah bagi setiap jarak yang berjumlah 144 anak panah keseluruhan. Peserta/Pasukan yang mendapat mata tertinggi akan dikira pemenang.
2. Bagi Pusingan Olimpik, peraturan yang digunakan adalah mengikut Peraturan FITA.
KUMPULAN SASARAN
1. Guru – guru Sekolah Kebangsaan Seri Negeri.
2. Murid-murid tahun empat yang mempunyai potensi di dalam sukan memanah ini.
TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN
8 hingga 10 Ogos 2010 di Padang Besar Sekolah Kebangsaan Seri Negeri
KATEGORI DIPERTANDINGKAN
Murid – murid lelaki dan perempuan tahun empat.
PENDAFTARAN
1. Semua Borang Pendaftaran hendaklah diisi dengan lengkap dan bertaip serta disahkan oleh Setiausaha MSS Daerah masing-masing dibawa semasa mesyuarat pengurus pasukan.
2. Borang Pendaftaran yang telah lengkap hendaklah dibawa bersama sesalinan Sijil Lahir/Kad Pengenalan yang telah disahkan oleh Guru Besar/Pengetua sekolah pelajar berkenaan semasa mesyuarat pengurus pasukan.
TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN
1. Taklimat pengurus pasukan akan diadakan sehari sebelum latihan rasmi dijalankan.
2. Selepas taklimat pengurus, sebarang permohonan gantian peserta tidak dibenarkan.
MASA MELAPOR DIRI
1. Setiap peserta dikehendaki melapor diri kepada Urusetia sejam ( 1 ) sebelum latihan rasmi.
2. Setiap peserta hendaklah melapor diri kepada Ketua Hakim Kejohanan untuk pemeriksaan peralatan pertandingan (tackle inspection) pada hari latihan rasmi.
MAKAN
1. Pakej makan, minum serta penginapan adalah untuk semua atlet, pegawai pasukan dan pegawai kejohanan yang didaftarkan.
2. Waktu makan :
Sarapan pagi : 06.45 hingga 07.15 pagi.
Makan tengahari : 12.30 hingga 01.30 petang.
Makan malam : 06.30 hingga 07.30 malam.
MINUMAN PERTANDINGAN
1. Ais kosong disediakan di padang untuk sepanjang kejohanan.
2. Pegawai pertandingan disediakan air botol (drinking water)
GELANGGANG/PERALATAN
1. Gelanggang merujuk kepada undang-undang International Arcery Federation (FITA)
2. Alatan memanah untuk peserta tahun empat :
· Rujuk FITA Standard Bow Equiptment (Article 7.3.2) dengan beberapa pindaan:
ü Busar - Wooden atau Metal Riser atau One-Pie
ü Limb - Wooden atau fibreglass
ü Arrow - Semua jenis arrow aluminium.
ü Tali - Dacron sahaja.
ü Sight - Side sight.
ü Rest - Plastic rest.
ü Clicker
ü Plunger button
· Selain daripada alatan yang dinyatakan di atas tidak dibenarkan.
ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil. | Perkara | Seunit | Bilangan | Jumah |
1. | Makan Urusetia dan Peserta | RM 10.00 | 30 orang | RM 900.00 |
2. | Minuman Latihan | RM 6.00 | 30 orang | RM 900.00 |
3. | CD | RM 50.00 | 1 | RM 50.00 |
4. | Tool Box dan alatan-alatan lain | RM 100.00 | 1 | RM 100.00 |
5. | Inkjet Berwarna | RM 45.00 | 1 | RM 45.00 |
|
|
| Jumlah besar | RM 1995.00 |
HAL-HAL LAIN
1. Semua peserta adalah bertanggungjawab atas kelematan, disiplin, peralatan dan keperluan peribadi setiap atlet dan pegawai pasukan masing-masing.
2. Sila bawa bersama peralatan/keperluan peribadi atlet.
3. Setiap peserta adalah bertanggungjawab keatas keselamatan pemain, peralatan dan hartabenda masing-masing.
4. pasukan diminta membawa terus kes berkenaan ke Hospital Batu Pahat.Pihak Hospital Batu Pahat telah dimaklumkan tarikh pelaksanaan program ini.
5. Kerjasama semua peserta sangatlah dihargai dan amat diharapkan demi kelancaran persediaan, semasa dan selepas kejohanan ini. KEJAYAAN PROGRAM INI ADALAH KEJAYAAN BERSAMA.
PENUTUP
Adalah diharapkan dengan pertandingan Memanah ini akan mendapat sambutan yang mengalakkan selari dengan objektif dan rasional yang dinyatakan. Semoga seluruh warga Sekolah Kebangsaan Seri Tiga Serangkai dapat memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini. Juga diharap kepada semua jawatankuasa pelaksana agar dapat memberika n komitmen yang jitu dan padu untuk memastikan program ini berjalan dengan lancarnya
Disediakan oleh ,
...........................
( Marina Binti Mahani )
Setiausaha Kelab Memanah ,
Sekolah Kebangsaan Seri Negeri
Disemak oleh,
………………..
( Puan Norjannah Binti Ahmad )
Guru Besar Sek Ren Keb Seri Negeri
Disokong oleh,
…………………
( Iskandar Bin Ghazali )
Pengerusi Kelab Sukan Memanah
Sekolah Kebangsaan Seri Negeri
KESIMPULAN
Sukan memanah merupakan salah satu sukan yang digalakkan dalam islam kerana ianya pernah digunakan dalam waktu peperangan pada masa lalu. Namun begitu, tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah untuk melatih pelajar mengurus serta menjalakan aktiviti seperti pertandingan memanah ini. Sebagai langkah keselamatan terdapat guru penasihat yang membantu untuk memastikan pertandingan ini dapat berjalan dengan lancar dan bebas dari kemalangan yang tidak diingini.
Selain itu, dengan adanya aktiviti yang sihat ini, pelajar dapat berinteraksi dengan lebih rapat dengan guru, di samping untuk mencungkil bakat pelajar yang berkebolehan untuk mewakili sekolah. Dengan harapan agar pertandingan ini dapat membuka mata semua pihak seperti kerajaan serta yang paling penting sekali iaitu ibu bapa bahawa pelajar tidak seharusnya hanya memfokuskan diri dalam pelajaran sahaja sebaliknya hendaklah seimbang dari kedua – dua aspek tersebut.
Kesimpulannya, sukan memanah ini benar – benar dapat melatih pelajar manjadi pemimpin, di samping memupuk suasana yang sihat dalam kalangan guru, ibu bapa serta pelajar. Akhir sekali, usaha ini menampakkan daya atau usaha menyahut seruan kerajaan dimana mengalakkan pelajar berinteraksi dengan sukan secara seimbang.
REFLEKSI
Daripada kerja kursus ini, kami telah membuat penulisan mengenai kertas kerja kejohanan bagi suatu kejohanan bola baling di antara guru dan murid-murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Seri Mentaloon. Selain itu, kami juga telah sertakan butiran-butiran yang penting, ansur maju, peraturan dan sebagainya yang terlibat dalam kejohanan ini.
Di samping itu, pensyarah bimbingan kami memberi banyak tunjuk ajar dan penerangan kepada kami serta mengajar semua aktiviti secara ansur maju. Kami juga dapat mempelajari kesemua kemahiran asas, walaupun kami telah memahami teori dan cara ansur maju tetapi kami juga tidak begitu pandai dan tidak yakin untuk membuat dengan lebih baik. Dengan ini,kami mengambil masa yang panjang untuk belajar teknik bagi menguasai permainan padang ini.
Akhirnya,kami dapat mengkaji dengan sendiri berdasarkan penjelasan daripada kawan-kawan dan pesyarah-pensyarah untuk menaikkan prestasi kami dalam permainan tersebut. Kini, kami berpuas hati dan gembira kerana dapat menguasai kesemua yang terkandung dalam permainan ini serta lebih mengetahui prinsip sains iaitu sudut yang paling tepat patut diambil sebelum memanah yang diaplikasikan dalam kemahiran asas memanah dengan lebih jelas.
Secara keseluruhannya, kerja kursus ini memberi banyak faedah kepada
kami sama ada secara langsung atau pun secara tidak langsung. Walaupun
kami menghadapi beberapa masalah semasa menyiapkan kerja kursus ini, kami
dapat menyiapkan dengan sempurna atas bantuan rakan-rakan dan sokongan
para pensyarahnya. Mujurlah dengan daya usaha dan semangat kerjasama yang kami satu pasukan terapkan, maka tugasan ini telahpun siap dalam jangkamasa yang ditetapkan.
LAMPIRAN INTERNET
CONTOH 1
KERTAS KERJA KURSUS ASAS MEMANAH
MAJLIS SUKAN SEKOLAH SEKOLAH DAERAH GOMBAK TAHUN 2011
1.0 PENGENALAN
Sukan memanah telah menjadi salah satu acara yang dipertandingkan di dalam kalendar Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia bermula dari tahun 1999 lagi dan di peringkat MSSD Gombak sendiri, sukan memanah telah mula dipertandingkan pada tahun 1998 dengan penyertaan beberapa orang murid sekolah menengah dan rendah disekitar daerah Gombak. Sukan memanah terus berkembang dari tahun ke tahun di mana kini penyertaannya di peringkat MSSD Gombak sudah mencapai sekitar 100 orang peserta daripada kalangan murid-murid bawah 12 tahun sehingga bawah 18 tahun.Perkembangan yang menggalakkan ini pastinya memerlukan sebuah pasukan yang mantap daripada kalangan para pendidik didaerah ini untuk memastikan sukan memanah di daerah ini akan terus mampu memberikan saingan di kejohanan-kejohanan memanah khususnya di peringkat MSS Selangor. Maka dengan itu guru-guru ini perlu terlebih dahulu diberi pendedahan asas bagi sukan memanah ini sebelum dibentuk menjadi jurulatih yang lebih baikpada masa hadapan.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Menghasilkan pegawai atau jurulatih yang mempunyai asas pengetahuan di dalam sukan memanah.
2.2 Meningkatkan prestasi sukan memanah di daerah Gombak.
2.3 Meningkatkan bilangan pegawai atau jurulatih sukan memanah daripada kalangan guru-guru di daerah gombak.
3.0 SASARAN
3.1 Guru-guru sekolah rendah dan menengah di daerah Gombak.
3.2 Murid-murid tahun enam dan tingkatan satu yang mempunyai potensi di dalam sukan memanah.
4.0 TENAGA PENGAJAR
4.1 Empat orang jurulatih yang berpengalaman dalam sukan memanah iaitu:
(i) En. Amran b. Hamidi - Jurulatih Memanah Unit SukanPrestasi Tinggi Negara, Majlis Sukan Negara Malaysia.
(ii) En. Mazlan b. Harun - Setiausaha Agung PersatuanMemanah Negeri Selangor.
(iii) En. Mohd Izwan b. Mohd Raffie - Pengerusi Teknik danPembangunan Sukan Memanah (Rendah) MSS Selangor.
(iv) Pn. Farah Diba bt. Umar Uthman - Pengerusi Teknik danPembanguan Sukan Memanah (Menengah) MSSD Gombak.
5.0 MAKLUMAT KURSUS
5.1 Tarikh : 30 - 31 Mac 2011
5.2 Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
5.3 Tempat : Padang SMK Gombak Setia, Gombak.
6.0 KEWANGAN
6.1 Perbelanjaan
7.0 JADUAL KURSUS
(Lampiran 1)
8.0 PENUTUP
Perkembangan menggalakkan sukan memanah di daerah Gombakdiharapkan akan terus memberikan suntikan semangat kepada semuapihak yang terlibat agar suatu bentuk kerjasama dan kesungguhanyang jitu dapat dihasilkan sejajar dengan objektif kursus. Adalahdiharapkan agar kursus ini berjaya menjadi suatu pemangkin kepadakecemerlangan sukan memanah yang berterusan di daerah Gombak.
Disediakan Oleh:
…………………. ,
( MOHD IZWAN BIN MOHD RAFFIE )
Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Memanah (Rendah), Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Gombak
CONTOH 2
“KLINIK MEMANAH 2006”
Anjuran :
KUMPULAN MEMANAH
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA
Dengan Kerjasama:
UNIT SUKAN DAN REKREASI
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA
Tarikh :
25-26 NOVEMBER 2006
Tempat :
DKS 1.2 FKP
PADANG SASAR MEMANAH
KLINIK MEMANAH
PASUKAN MEMANAH 2006
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA
PENGENALAN
Memanah adalah salah satu sukan yang semakin mendapat tempat di hati mahasiswa\i KUIM bermula tahun ini. Kesinambungan dari bengkel pengenalan memanah yang dianjurkan pada13 Ogos 2006 baru-baru ini, pasukan memanah telah menganmbil langkah untuk mara ke hadapan untuk mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan dan digilap lagi.
1. TUJUAN
Tujuan kertas kerja cadangan ini dibuat adalah untuk memohon kelulusan, sokongandan peruntukan daripada pihak universiti untuk mengadakan Klinik Memanah KUIM 2006.
2. MAKLUMAT PROGRAM.
2.1 OBJEKTIF
2.1.1 Menggalakknan penyertaan sukan Memanah kepada semua, amnya dan warga KUIM khususnya.
2.1.2 Menjalinkan hubungan baik antara ahli pasukan memanah dan seluruh warga KUIM.
2.1.3 Menggalakkan interaksi antara mahasiswa/i di dalam komuniti universiti dan masyarakat.
2.1.4 Melahirkan lebih ramai bakat memanah dalam kalangan pelajar KUIM sendiri.
2.1.5 Mengetengahkan budaya “ KUIM CERGAS, KUIM CERDAS ” serta
menampilkan imej yang baik kepada masyarakat luar.
2.2 TARIKH CADANGAN
25-26 November 2006 (Sabtu dan Ahad)
2.3 TEMPAT CADANGAN
DKS 1.2 FKP
Padang sasar memanah
2.4 JANGKA MASA PROGRAM
2 Hari
2.5 KUMPULAN SASARAN
Terbuka kepada semua (50-80)
3. JAWATANKUASA PELAKSANA
Rujuk Lampiran 1
4. TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran 2
5. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
Rujuk Lampiran 3
6. ANGGARAN PERBELANJAAN.
Rujuk Lampiran 4
7. PENUTUP
Adalah diharapkan dengan Klinik Memanah ini akan mendapat sambutan yang menggalakanselari dengan objektif dan tujuan yang dinyatakan. Semoga seluruh warga KUIM dapatmemberikan kerjasama dalam menjayakan program ini. Juga diharap kepada semuajawatankuasa pelaksana agar dapat memberikan komitmen yang jitu dan padu untukmemastikan program ini berjalan dengan lancarnya.
Disediakan oleh,
………………………… ,
( NUR HANISAH BINTI JAAFAR )
Setiausaha Pasukan Memanah ,
Kolej Universiti Islam Malaysia.
Lampiran 1
SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANA
Penaung : Y. Bhg Prof. Dato’ Dr. Shukor Hj Husin
Rektor
Penasihat : Y.Bhg Prof. Dr. Mohammad Hj.Alias
Timbalan Rektor HEP & Alumni
En.Muhammad Haizuan Rozali
Timbalan Pendaftar HEP
Penyelaras Program : En. Nur Ekmal Buhary
Pegawai Belia dan Sukan
En. Sulaiman Hassan
Penolong Pegawai Belia dan Sukan
Pn. Nor Saleza Ahmad Puzi
Penolong Pegawai Belia dan Sukan
En. Budi Harnalies Muhd Ali
Pembantu Belia dan Sukan
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengarah Program : Mohammad Bin Abu Bakar
Timbalan Pengarah : Latifah Binti Tajuddin
Setiausaha : Nur Hanisah Binti Jaafar
Bendahari : Noor Azizi Binti Aziz
AJK
Peralatan & Teknikal : Rizarudin Bin Samuddin
Jamuan : Nor Aziah Binti Ismail
Pengangkutan : Iskandar Zulkarnain Bin Roslan
Publisiti & Pameran : Nazirah Bt Dzulkifli
Siti Martiah Binti Anwar
Tugas-tugas Khas : Abdul Hazim Bin Abdul Rahim
Muhammad Luqman B Che Me
Protokol & Jemputan : Mohammad Siddiqui Bin Mohamd Tarmizi
Mohd Nazuan B Mohamed
Sijil dan hadiah : Dzul Ezzri Bin Deraman
Aktiviti dan pengisian : Siti Nashrah Binti Abd Hisam
Lampiran 2
25 November 2006 (SABTU)
TEMPAT : DKS 1.2 FKP
8.00 pagi : Pendaftaran pelajar
9.00 pagi : Pelajar mengambil tempat di dalam dewan
9.15 pagi : Bengkel 1
“KLINIK MEMANAH” oleh En.Roslan bin Zainal
10.30 pagi : Kudapan
10.45 pagi : GKDK 1
12.45 tengahari : Makan tengahari dan solat zohor
TEMPAT : DKS 1.2 FKP
2.00 petang : Berkumpul semula di dewan
3.00 petang : Demonstrasi memanah di padang
5.00 petang : Bersurai
26 NOVEMBER 2006 (AHAD)
TEMPAT : padang sasar memanah
8.00 pagi : Pendaftaran pelajar
9.00 pagi : Pembahagian kumpulan
9.15 pagi : Taklimat pertandingan oleh En.Roslan bin Zainal
10.30 pagi : Pertandingan bermula
12.45 t / hari : Makan tengahari dan solat zohor(bas di sediakan)
5.00 petang : Demonstrasi pemanah negara/ negeri sembilan
5.30 petang : Penyampaian hadiah
6.00 petang : Bersurai
BUKU
RUJUKAN
No comments:
Post a Comment