Tuesday, October 4, 2011

Sem2: pengantar pendidikan negara

Link


INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

(AMBILAN JULAI 2008)

KERJA KURSUS PENDEK PENGANTAR PENDIDIKAN

NAMA : AMIRUL FAIZ BIN MOHAMMAD

I/C : 920417-14-6251

OPSYEN : PPISMP PSV / BI / BM

SEMESTER : 3

NAMA PENSYARAH : ENCIK MAHAT B IBRAHIM

TARIKH SERAHAN : 5 OGOS 2011

ISI KANDUNGAN

Penghargaan…………………………………………………………….

Pendahuluan……………………………………………………………..

Definisi Konsep…………………………………………………………..

Literature Review (Rujukan Lalu)………………………………………

Akauntabiliti Guru Dalam Merealisasikan Tiga Dimensi……………..

Implikasi Terhadap Kerjaya Guru………………………………………

Kesimpulan…………………………………………………………………

Bibliografi…………………………………………………………………..

Refleksi……………………………………………………………………..

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin-Nya akhirnya dapat saya menyiapkan tugasan Penghantar Pendidikan atas bimbingan En.Mahat bin Ibrahim ini dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang telah membimbing saya sehingga saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan cemerlang iaitu En.Mahat bin Ibrahim. Beliau bukan sahaja Berjaya membimbing saya tetapi banyak memberikan panduan, pengajaran dan ilmu-ilmu yang amat berguna kepada saya dan rakan-rakan yang lain.

Selain itu, tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan pada kali ini. Walaupun mereka berjauhan namun mereka tetap membantu saya dari segi sokongan dan bantuan kewangan.

Sehubungan dengan itu, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan yang juga banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tanpa pertolongan mereka kemungkinan agak sukar untuk saya menyiapkan tugasan yang diberi ini.

Akhir kata dari saya, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu saya secara langsung atau secara tidak langsung dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus ini.

Sekian , terima kasih

1.0 Pendahuluan

Falsafah pendidikan negara ialah salah satu daripada elemen yang menjadi asas kepada seorang guru atau pendidik menjalankan aktiviti pembelajarannya. Falsafah ialah satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Perkataan falsafah dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Arab ‘فلسفة’ yang juga berasal daripada perkataan yunan yang bermaksud "cinta kepada hikmah". Secara umumnya, falsafah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

  • Merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas
  • Tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran

Namun demikian, menurut Syed Ismail Syed Mustafa dalam bukunya yang berjudul Pengantar Pendidikan, falsafah secara amnya boleh dijelaskan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan dalam daripada usaha kajian ahli falsafah dalam satu kajian yang saintifik, logikal dan sistematik. Tujuan falsafah ialah untuk mencari serta membuktikan kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara penting dalam kehidupan.

Falsafah pendidikan kebangsaan dijadikan asas oleh seorang pendidik menjalankan apa jua jenis aktivit pendidikan di dalam Malaysia. Seorang guru, menurut Kamus Dewan (1970), membawa maksud pendidik,pengajar, dan pengasuh menjalankan aktivit pembelajarannya samada di dalam atau di luar kelas, formal atau tidak formal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini.

Pengajar ialah seorang yang akan menjadi petunjuk kepada orang lain,manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dam pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan amat berkait rapat dengan profesion perguruan. Profesion perguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang amat mancabar. Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya peka dengan perkembangan terkini dalam proses kepimpinan, pengolahan sumber, pengurusan dan pencapaian matlamat pendidikan (Ibrahim Ahmad Bajunid , 1995). Justeru, dengan pelaksanaan pelbagai reformasi dalam pendidikan, sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru menjadi lebih mencabar.

Tidak dinafikan terdapat banyak tanggapan umum masyarakat yang lazimnya berpaksikan fakta dan analisis yang salah mengenai profesionj perguruan ini. Tanggapan masyarakat yang klise menjelaskan beban dan tanggungjawab seorang guru masakini sudah tidak mencabar dan menarik bagi golongan muda menceburkan diri dalam bidang ini. Malah tidak dinafikan ada yang melihat sekolah sebagai sebuah organisasi yang dihujani dengan pelbagai bebanan tugas dan ada kalanya tugas ini bukan satu yang terancang tetapi muncul dari situasi yang tidak diduga (Abdul Shukor , 1996).

Di samping itu , guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan itu termasuklan kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran. Selain itu, guru harus mengetahui cara dan kaedah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya.

Guru yang baik bukan saja berkesan dalam bilik darjah, malah bertanggungjawab sebagai pengganti kepada ibubapa, menjadi penasihat dan kaunselor kepada murid seterusnya menjadi role model yang baik kepada masyarakat.

2.0 DEFINISI KONSEP

Rajah 14; Model Konseptual Pendidikan Guru. ‘m/s42, Pengantar Pendidikan Jun 2011’

Rajah 14 diatas ialah menunjukkan Model Konseptual Pendidikan Guru dan ia dirangka berlandaskan dasar dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Model ini bertujuan untuk mendidik, menghasilkan dan meneruskan legasi guru yang mempunyai sifat dan akauntibilit di bawah tiga dimensi utama iaitu,

· Ketuhanan : peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama

· Kemasyarakatan : penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan.

· Kendiri : Penekanan pembinaan daya kefahaman dan patriotism, pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berpekerti mulia.

Di bawah tiga dimensi utama tersebut, Model Konseptual Pendidikan Guru ini merangkumi tiga aspek asas iaitu :

· pengetahuan yang berkaitan dengan perkembangan dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan.

· kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajaran denga tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

· Nilai yang merujuk kepada amalan nilia-nilai murni, perlakuan guru yang penyanyang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotic, inovatif, kreatif dan patuh kepada etika profesion keguruan.

Dengan berlandaskan model-model ini, ketiga aspek ini disepadukan dalam semua disiplin dan program perguruan yang telah dan akan dirancangkan dari masa ke semasa. Disamping itu juga, model ini turut memberi perhatian kepada perkembangan guru secara seimbang dari aspek rohani, emosi dan jasmani serta juga selaras dengan matlamat yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Model Falsafah Pendidikan Guru ini ialah tunjang yang kuat yang disusun berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang secara akarnya boleh dikonklusikan sebagai satu misi membentuk guru dibawah objektif yang berikut;

· menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, professional, social, dan amalan tingkah laku

· menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan.

· berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan Wawasan Pendidikan dalam abad ke-21.

3.0 LITERATURE REVIEW (RUJUKAN LALU)

Secara umumnya pendidikan merupakan sebarang jenis aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran,kerohanian dan jasmani manusia. Namun demikian, penafsiran pendidikan ialah subjektif dan berbeza bagi setiap individu. Ia berubah mengikut peredaran zaman, tujuan dan tugas.

Menurut Kamus Dewan ‘profesian’ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan yang tinggi dan latihan yang khas. Bidang perguruan boleh diklasifikasikan sebagai profesion sebaris dengan bidan pekerjaan bertaraf tinggi seperti bidang perundangan dan perubatan. Mok Soon Sang menjelaskan secara ringkas konsep profesionalisme berdasarkan ciri-ciri perkataan itu sendiri yang berbunyi,’ suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggim, mempunyai autonomi ketika bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.’

Plato (427-347 SM) merupakan seorang ahli falsafah yang terkemuka pada zaman Yunani mengutarakan pendapat bahawa pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia. Beliau menyokong pendapat gurunya Socrates bahawa tujuan pendidikan ialah memberi latihan moral kewarganegaraan yang baik. Jadi, proses pendidikan dapat membentuk warganegara yang baik serta setia dan mematuhi undang-undang negara. Confucius, seorang tokoh pendidik dan ahli falsafah menegaskan bahawa pendidikan adalah proses untuk kesempurnaan tingkah laku manusia dan ini boleh dicapai melalui amalan tingkah laku. Ia penting untuk membawa kestabilan, kesejahteraan dan keharmonian kehidupan.Pelajarnya perlu menghafal Buku Syair, Buku Sejarah, Buku Elemen, Buku Upacara dan Buku Annals. Murid diajar mengikut kebolehannya.

Abdul Shukor (1996) menyatakan bahawa terdapat pelbagai tanggapan dan dakwaan berhubungan denga profession keguruan dewasa ini. Sesetengah ahli masyarakat mempunyai tanggapan bahawa kerja, beban dan tugas guru sekarang tidak mewujudkan profesion keguruan yang menarik. Malah tidak dinafikan ada yang melihat sekolah sebagai sebuah organisasi yang dihujani dengan pelbagai bebanan tugas dan adakalanya tugas ini bukan yang terancang tetapi muncul dari situasi yang tidak diduga.

Jean Jacques Rousseau (1712-1778), seorang pendidik di negara Eropah, pula berpandangan bahawa pendidikan sebagai suatu proses yang berterusan dan bermula dari kanak-kanak kecil. Dalam proses ini, segala kebolehan semula jadi lahir dengan sendirinya mengikut kehendak dan peraturan semula jadi.

Wang Shouren (1472-1528) berpendapat bahawa pelajar perlu menggunakan ilmu intuitif yang berada dalam jiwa mentalnya untuk mengkaji perkara-perkara alam sekitar. Beliau menentang menghukum kanak-kanak dengan mengurung dan mendera sebagai pendekatan pengajaran.

Menurut Lieberman (1956).Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek , latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan ,mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan.

Selain itu, Ibrahim Ahmad Bajunid,(1995), berpendapat profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang amat mencabar.Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya peka dengan perkembangan terkini dalam proses kepimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber dan pencapaian matlamat pendidikan.

Berdasarkan pendapat tokoh-tokoh yang cenderung ke arah pendidikan di atas, kita dapat menjelaskan mengapa ialah hampir mustahil untuk menjelaskan definisi yang kunklusif berkaitan dengan istilah perguruan ini. Kamus Dewan (1970) memberikan maksud guru yang bererti pendidik,pengajar dan pengasuh. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi,pendidik bermksud orang yang memelihara dan melatih . Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara,menjaga dan mendidik. Manakala keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru.

Berdasarkan pentafsir-pentafsir pendidikan oleh beberapa pakar dan ahli-ahli pendidikan, kita dapat merumuskan konsep pendidikan seperti di bawah :

“Pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk mengembangkan fizikal, intelek, sosial, dan emosi seseorang individu serta menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan, dan pengalaman mereka supaya dapat member kegembiraan, faedah, dan kemajuan dalam kehidupannya, membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang rasional bage faedah diri serta masyarakat, bangsa, dan negaranya.”

AKAUNTABILITI GURU DALAM MEREALISASIKAN TIGA DIMENSI

Kamus dewan dwibahasa memberikan maksud bagi perkataan ‘akauntibilit’ sebagai tanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab melakukan sesuatu. Maka, jika dipandang dari sudut pandangan kajian, akauntibiliti boleh dirumuskan sebagai bertanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan.

Model konseptual pendidikan guru ini mengutamakan akauntabaliti guru kepada tiga dimensi utama iaitu kendiri, kemasyarakatan dan ketuhanan. Citra ketiga-tiga dimensi ini dijelmakan dalam program yang dirancang seperti berikut:

· Ketuhanan - menganjurkan peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama.

· Kemasyarakatan - Menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan kepada masyarakat dan juga Negara

· Kendiri - Menjurus kepada pembinaan daya ketahanan, patriotisme, pemupukan budaya ilmu, pembentukan sahsiah dan berpekerti mulia.

Akauntabiliti guru boleh dihuraikan dalam beberapa bidang tugas termasuk diri yang dikenal pasti seperti berikut:

1. Bidang pekerjaan

Sebagai seorang pendidik, guru bertabggubgjawab terhadap pekerjaannya, iaitu akauntabiliti terhadap kurikulum yang ditugaskan untuk melaksanakannya. Oleh itu, guru harus memahami kurikulum sekolah secara mendalam supaya dapat melaksanakannya dengan sempurna tanpa sebarang kesilapan. Pendek kata, kerja pengajaran mengikut kurikulum yang ditugaskan ialah salah satu akauntabiliti guru terhadap bedang pekerjaannya.

2. Sekolah

Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu, guru juga bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan oleh pentadbir sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah, guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain tugas mengajar di dalam kelas, guru juga dekehendaki menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiausaha peperiksaan, pengerusi skim pinjaman buku teks dan jawatan-jawatan lain yang dilantik oleh pihak pentadbiran sekolah.

3. Tingkah laku kendiri

Tingkah laku guru merupakan contoh teladan kepada murid-murid. Oleh itu, guru haruslah mempunyai sifat-sifat yang terpuji yang boleh menjadi teladan kepada murid-murid untuk dicontohi. Dalam hal ini, guru haruslah sentiasa berpakaian kemas, berkelakuan baik, bersopan santun, berbudi bahasa, sentiasa menepati masa, rajin, dan mempunya sikap positif terhadap tugas-tugas yang diamanahkan. Pendek kata, bertindak seperti guru dan bertutur seperti guru.

4. Murid

Sebagaimana yang kita ketahui, tugas dan tanggungjawab guru tidak hanya terhad kepada penyampaian ilmu pengetahuan dalam bilik darjah sahaja, tetapi juga meliputi pembentukan sahsiah murid-murid. Hal ini meliputi pelbagai aspek perkembangan potensi dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani supaya murid-murid menjadi insane yang berilmu pengetahuan, bermoral tinggi, harmonis dan seimbang. Oleh itu, guru mempunyai akauntabiliti terhadap taraf pencapaian, kemajuan serta kelakuan murid-murid diajarnya.

5. Profesion

Sebagai seorang professional, guru pula mempunyai akauntabiliti terhadap profesionnya. Oleh itu, guru bertanggungjawab meningkatkan imej profesion keguruan dengan member perkhidmatan yang bermutu tinggi seperti mengajar murid-murid dengan cekap dan dedikasi sepaya setiap murid yang diajar akan berjaya mencapai keputusan akademik yang diharapkan. Dengan hal ini, guru hendaklah senantiasa berazam menambah ilmu pengetahuan dan memahirannya dalam bidang pendidikan supaya dapat menjalankan tugas mengajar dengan cekap dan sempurna. Ini merupakan salah satu usaha untuk menepati akauntabilinya terhadap profesionalisme keguruan.

Sebagaimana profesion-profesion yang lain, guru haruslah menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka mengikut cita dan matlamat sekolah, murid, ibu bapa, masyarakat, dan negara. Adalah diharap agar kaum guru dapat menjalankan tugas masing-masing dengan penuh dedikasi supaya mutu perkhidmatan mereka selaras dengan akauntabiliti mereka terhadap bidang, sekolah, tingkah laku, murid, dan profesion keguruan.

Berikut merupakan huraian-huraian ringkas mengenai akauntabiliti guru terhadap negara, pendidikan, pelajar, dan ibu bapa serta diri sendiri.

Akauntabiliti Guru terhadap Negara

1. Menjalankan tugas menyebarkan cita dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan Rukun Negara dengan jelas

2. Memupuk nilai dan sikap yang murni dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam setiap jiwa pelajar dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna

3. Memenuhi tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat

4. Mengeratkan persefahaman dan bekerjasama dengan ikhlas dalam kalangan guru serta ibu bapa muridnya

5. Member sumbangan secara sukarela kepada masyarakat dan negara

6. Bersopan santun dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti sosial demi mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat dan negara

Akauntabiliti Guru terhadap Program Pendidikan

1. Membaca secara meluas buku-buku yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar

2. Memahami selengkap-lengkapnya isi dan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar

3. Menyertai seminar pendidikan dan menghadiri Kursus Dalam Perkhidmatan untuk meningkatkan prestasinya dalam aktiviti pengajaran

4. Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya supaya mencapai objektif pelajaran secara maksimum

5. Mengajar dengan fakta yang betul supaya murid-murid dapat belajar dengan tepat dan menerima ilmu pengetahuan yang betul

Akauntabiliti Guru terhadap Pelajar dan Ibu Bapa

1. Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah. Hal ini termasuklah menepati masa mengikut jadual waktu serta menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah dan teknik yang berkesan

2. Mengutamakan kebajikan, kemajuan, dan keselamatan murid-murid daripada hal yang lain

3. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan, atau agama

4. Membimbing dan mengajar murid-murid dalam bilik darjah tanpa membina hadiah atau bayaran

5. Member contoh teladan yang baik seperti berpakaian kemas, berbudi bahasa, dan bersopan santun semasa bertugas

Akauntabiliti Guru terhadap Diri Sendiri

1. Mengawal kesihatan badan diri sendiri sepaya dapat menjalankan tugas dengan sempurna

2. Mengawal emosi sendiri supaya membawa ketenangan dan ketenteraman jiwa

3. Mengurus kewangan sendiri dengan bijaksana sepaya pendapatannya adalah seimbang dengan perbelanjaan harian

4. Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang luas. Hal ini termasuklah membaca buku ilmiah selain membaca buku teks

5. Menjadi seorang yang berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling melalui surat khabar, radio, dan televisyen serta internet

6. Melibatkan diri dalam sesuatu hobi atau aktiviti yang bermanfaat dengan tujuan mengisi masa lapang yang berfaedah


4.0 IMPLIKASI TERHADAP KERJAYA GURU

Falsafah Pendidikan Guru yang dibincangkan dalam tajuk lepas akan menentukan arah haluan, asas dan bertindak sebagai sumber inspirasi kepada matlamat dan pendidikan guru:

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjungjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisplin.”

1. Melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan khas khususnya dalam mata pelajaran KBSR serta pengetahuan ikhtisas perguruan.

Seseorang guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran, khasnya mata pelajaran KBSR, serta pengetahuan ikhtisas keguruan. Hal ini bertujuan untuk memudahkan tugas seseorang guru dalam menyempurnakan misi mereka di dalam bilik darjah. Sebagaiman yang kita ketahui, matlamat KBSR itu sendiri dibentuk berlandaskan konsep pendidikan umun, iaitu pendidikan yang seimbang dan berlandaskan prinsip-prinsip dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru KBSR juga perlu mensimulasikan aktiviti-aktiviti yang akan menyebabkan murid-murid memperolehi kemahiran berfikir, mengajar murid-murid mencari maklumat sendiri, dan cara-cara untuk menyelesaikan masalah-masalah yang akan membantu mereka untuk menghadapi dunia sebenarnya.

2. Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Flasafah Pendidikan Guru,

Kehendak lain yang perlu dihayati adalah dengan mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru, khasnya mengembangkan individu, memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Guru diharapkan menjadi pengganti ibu bapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi teladan kepada masyarakat. Di dalam sebuah masyarakat yang membangun, guru juga diharapkan menjadi agen pembaruan bagi masyarakatnya. Guru sentiasa berusaha menanam sikap, nilai dan ilmu pengetahuan kepada generasi baru kearah yang ingin dibentuk oleh masyarakat.

3. Menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan pelajar selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Guru.

Berikutnya, menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan pelajar. Sebagaimana yang kita ketahui, tugas dan tanggungjawab guru tidak hanya terhad kepada penyampaian ilmu pengetahuan dalam bilik darjah sahaja, tetapi juga meliputi pembentukan sahsiah murid-murid. Ini meliputi berbagai-bagai aspek perkembangan dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani supaya murid-murid menjadi insan yang berilmu pengetahuan, bermoral tinggi, harmonis dan seimbang. Oleh yang demikian, guru adalah pendidik dan pengasuh kanak-kanak yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa depan.

4. Menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai guru yang sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan.

Menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai insan guru yang sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan. Dibawah konteks keguruan, akauntabiliti boleh dirumuskan sebagai bertanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan. Oleh yang demikian, akauntabiliti guru boleh dihuraikan dalam beberapa bidang tugas seperti bidang kerajaan, sekolah, tingkah laku kendiri, murid dan profesionnya. Bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan pula, seseorang guru haruslah sentiasa mencari ilmu dan mengaplikasikanya untuk tujuan yang positif kepada anak muridnya. Untuk menyampaikan pelajaran dengan cekap dan berkesan, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti profesional antaranya: guru harus mempunyai sifat ingin tahu kerana ia akan mendorong mereka berusaha menambahkan pengetahuannya. Guru ini akan selalu mempelajari dan menyesuaikan diri dalam arena pendidikan yang sering berubah-ubah, baik daripada kurikulum mahupun kaedah mengajar, demi kepentingan pekerjaannya sebagai guru yang bersifat profesional.

5. Menggunakan seluruh ilmu untuk merangsang perkembangan pelajar.

Akhir sekali, guru juga perlu menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan untuk merangsang perkembangan pelajar. Guru adalah pendidik dan pengasuh kanak-kanak yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa depan. Peranan yang dimainkan oleh guru dalam bidang pendidikan tidak kurang pentingnya. Selain menyebar ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada murid-muridnya. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik dan murni. Hanya guru yang mempunyai tatasusila yang tinggi akan berjaya menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Nilai keguruan yang boleh merangsang seseorang murid adalah dengan mempunyai sifat dan kualiti peribadi seperti baik hati. Sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh murid-murid. Murid-murid akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati. Selain itu, sifat jenaka juga dapat mengubah suasana di dalam bilik darjah. Hal ini akan membawa suasana riang gembira kepada murid-murid. Guru yang suka berjenaka adalah guru yang suka didekati oleh muridnya. Perhubungan guru dengan murid akan terjalin erat dan ini adalah merupakan kondusif dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Dengan sifat jenakanya, guru dapat menyampaikan pelajarannya dengan lebih menarik dan berkesan.

6.0 KESIMPULAN

Secara ringkasnya, untuk menjadi seorang guru yang professional, seseorang itu haruslah berpengetahuan dan berketerampilan dalam pedagogi dan kandungan mata pelajaran yang diajarnya, di samping menguasai pengetahuan pedagogi pelajar. Di samping itu, seorang guru yang baik sentiasa mengamalkan nilai-nilai keguruan dan etika profesion keguruan.

Seorang guru yang baik juga haruslah mempunyai sikap terbuka dan sedia berubah demi untuk kebaikan diri sendiri dan masyarakat, sanggup menerima kritikan dan tidak mudah naik angin jika ditegur oleh sesiapa sahaja walaupun murid sendiri. seorang guru yang baik tidak akan mudah melenting dan sedia untuk berbahasa jika mendapat kritikan yang berlawanan dengan fahaman dan pengalaman diri. Seorang guru yang baik dapat mengubah dan mengawal situasi dalam masa yang terpantas. Di dalam kelas, guru yang baik dapat menguasai kemahiran momunikasi dan interpersonal. Selain itu, seseorang itu harus cekap melaksanakan kurikulum persekolahan secara berkesan dan bermakna. Maka, seseorang itu mempunyai ciri-ciri guru yang professional.

Sebagai kesimpulan, guru memainkan peranan yang proaktif bagi memdidik generasi yang akan datang agar generasi muda dapat menerajui kepimpinan negara pada masa yang akan datang. Oleh hal yang demikian, guru ibarat lilin yang membakar diri dan menerangkan orang lain. Guru mencorakkan generasi yang berkain putih dengan pelbagai nilai murni. Jadi, dengan adanya benteng moral yang ampuh, maka, mereka dapat menjauhi diri daripada melibatkan diri dalam gejala sosial yang semakin berleluasa di dalam negara kita.

BIBLIOGRAFI

Mok Soon Sang (2001), Pendidikan di Malaysia untuk Kursus Perguruan Diploma :

Semester 1, Kumpulan Budiman sdn. Bhd, Subang Jaya.

Mok Soon Sang (2004), Penghantar Pendidikan Teras untuk Kursus Persediaan

Program Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah, Kumpulan Budiman Sdn.

Bhd, Subang Jaya.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), Falsafah Pendidikan Kebangsaan,

Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Amat Johari MPENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izinNya akhirnya dapat saya menyiapkan tugasan Penghantar Pendidikan atas bimbingan En.Mahat bin Ibrahim ini dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang telah membimbing saya sehingga saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan cemerlang iaitu En.Mahat bin Ibrahim. Beliau bukan sahaja Berjaya membimbing saya tetapi banyak memberikan panduan, pengajaran dan ilmu-ilmu yang amat berguna kepada saya dan rakan-rakan yang lain.

Selain itu, tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan pada kali ini. Walaupun mereka berjauhan namun mereka tetap membantu saya dari segi sokongan dan bantuan kewangan.

Sehubungan dengan itu, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan yang juga banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tanpa pertolongan mereka kemungkinan agak sukar untuk saya menyiapkan tugasan yang diberi ini.

Akhir kata dari saya, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu saya secara langsung atau secara tidak langsung dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus ini.

Sekian , terima kasihoain,(1995)Kesantunan Berbahasa.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan ...Pustaka

Asmah Haji Omar(1985)Susur Galur Bahasa Melayu.Edisi Kedua 1993.Kuala ...Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka

Mok Soon Sang(1988)Pendidikan Di Malaysia Kumpulan Budiman Sdn.Bhd

Abu Zahari Abu Bakar:Perkembangan Pendidikan di Semenanjung Malaysia, ...Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.,P.J.1984

http://www.scribd.com/doc/2466938/Konsep-Pendidikan-dalam-Islam

http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/abstrak/abstrak2005.pdf

http://ms.wikipedia.org/wiki/Falsafah

No comments:

Post a Comment