Tuesday, October 4, 2011

sem3; Kemahiran kecerdasan emosi

PENGENALAN

Selama bertahun-tahun, IQ telah menjadi satu standard taraf kepintaran seseorang individu yang popular dan diyakini, sejajar dengan suasana moden yang serba kompleks serta kualiti hidup yang semakin meningkat ini, ukuran standard IQ ini menjadi satu faktor wujud perdebatan yang sehingga menarik minat para pemikir, ilmuwan, guru-guru dan ahli fikir yang lain untuk berdebat mengenainya.

Daniel Goleman (1999), adalah salah seorang yang mempopularkan jenis

kecerdasan manusia lainnya yang dianggap sebagai faktor penting yang dapat

mempengaruhi terhadap prestasi seseorang, yakni kecerdasan emosional, yang

kemudian kita mengenalnya dengan sebutan Emotional Quotient (EQ).

Steiner (1997) menjelaskan kecerdasan emosi adalah suatu kebolehan yang menjadikan seseorang individu itu dapat mengerti emosi diri sendiri dan orang lain, serta mengetahui bagaimana emosi diri sendiri dimaksimakan kegunaan untuk mendapatkan kekuatan peribadi yang maksimum. Mayer dan Solovey (Goleman, 1999; Davies, Stankov, dan Roberts, 1998) pula mengungkapkan kecerdasan emosi sebagai kemampuan untuk memantau dan mengendalikan perasaan sendiri dan orang lain, dan menggunakan perasaan-perasaan itu untuk memadu pikiran dan tindakan.

Berbeza dengan pendapat sebelumnya, Patton (1998) mengemukakan

kecerdasan emosi sebagai kemampuan untuk mengetahui emosi secara efektif guna mencapai tujuan, dan membangun hubungan yang produktif dan dapat meraih keberhasilan.

Sementara itu Bar-On (2000) menyebutkan bahawa kecerdasan emosi adalah suatu rangkaian emosi, pengetahuan emosi dan kemampuan-kemampuan yang mempengaruhi kemampuan keseluruhan individu untuk mengatasi masalah tuntutan lingkungan secara efektif. Dari beberapa definisi tersebut ada kecenderungan erti bahawa kecerdasan emosi adalah kemampuan mengenali perasaan sendiri dan perasaan orang lain, kemampuan memotivasi diri sendiri, kemampuan mengolah emosi dengan baik pada diri sendiri dan orang lain.

1.0 KONSEP KECERDASAN EMOSI

Berdasarkan Kamus Bahasa Melayu (1994), emosi bermaksud perasaan pada jiwa yang kuat contohnya seperti marah, sedih dan sebagainya. Oxford Advanced Learners’ Dictionary (1995) pula menyatakan bahawa emosi merupakan perasaan yang kuat dan pelbagai jenis contohnya seperti kasih sayang, benci, takut, cemburu dan lain-lain. The Oxford Dictionary of Current English (1986) menyatakan emosi sebagai perasaan yang kuat dari dalam terutamanya dari aspek mental atau naluri, seperti kasih sayang ataupun takut.

Oleh itu, emosi dapat dirumuskan sebagai satu perasaan dalaman yang kuat yang lahir daripada mental(psikologi) manusia dan berlaku secara berjajar dengan naluri semulajadi manusia berdasarkan situasi. Menurut pengertian tradisional, kecerdasan meliputi kemampuan membaca, menulis dan mengira dan ia mendorong kearah pend=capaian akademik seseorang individu. Namun, pandangan baru yang muncul pada ketika ini ialah terdapat faktor lain yang mempengaruhi kecerdasan di luar pengaruh IQ seperti bakat, ketajaman pengamatan sosial dan lain-lain. Faktor ini digelar EQ.

Istilah EQ diperkenalkan oleh dua orang ahli psikologi iaitu Peter Salovey dan John Mayer. Takrifan EQ kemudiannya dikembangkan lagi oleh Daniel Golernan dengan menggunakan Model Salovey dan Mayor dalam bukunya ‘Emotional Intelligence’ untuk melihat pengaruh EQ terhadap gaya hidup manusia. Menurut Salovey, kecerdasan emosi (EQ) didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengawal perasaan dan emosi diri sendiri dan orang lain, membezakan antara mereka serta menggunakan maklumat tersebut untuk memimpin dan menujuruskan tindakan dan pemikiran seseorang. Daniel Goleman pula menulis dalam bukunya yang berjudul ‘Working With Emotional Intelligence’ (Goleman,D. 1998) menyatakan bahawa penilaian seseorang individu bukan sahaja diasaskan kepada kecerdasan intelektual (IQ) tetapi yang lebih penting ialah kecerdasan emosi (EQ).

Menurut beliau setiap orang dalam sesebuah organisasi dituntut untuk memiliki kecerdasan emosi yang tinggi. Beliau juga berpendapat intelektual quality (IQ) bersifat relatif tetap manakala emosional quality bersifat boleh berubah sehingga dapat dibentuk dan dipelajari.

Definisi kecerdasan emosi (EQ) yang diberikan oleh Murray (1998) pula menunjukkan bahawa kecerdasan emosi (EQ) merupakan satu kebolehan untuk mengekang perasaan atau emosi negatif seperti marah dan ragu-ragu serta memfokuskan kepada perasaan positif seperti keyakinan diri. Selain itu McGarvey (1997) menyatakan terdapat empat kebolehan yang harus dimiliki untuk meningkatkan kecerdasan emosi (EQ) seseorang individu, iaitu kebolehan untuk mengawal dorongan, emosi, berada dalam keadaan bermotivasi walaupun menghadapi kekecewaan dan berempati dengan orang lain. Sehubungan itu, kecerdasan emosi (EQ) merupakan kebolehan untuk merasai, memahami dan rnengaplikasikan secara berkesan kuasa dan penilaian yang baik terhadap emosi yang merupakan sumber tenaga, informasi, perhubungan dan pengaruh manusia (Cooper & Sawaf, 1997).

Secara ringkasnya, dalam konteks organisasi kecerdasan emosi (EQ) boleh ditakrifkan sebagai satu mekanisme atau keupayaan dalaman seseorang individu yang wujud untuk mengurus dan mengawal perasaannya (pengurus) dan juga orang lain (pekerja), di samping memberi dorongan positif ke arah mewujudkan satu perhubungan manusia yang dapat membawa kepada pencapaian matlamat bersama serta keberkesanan organisasi.

2.0 ANALISIS KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

Terdapat dua aspek yang merangkumi kompetensi kecerdasan emosi iaitu personal dan sosial. Kompetensi personal dibahagi kepada tiga iaitu kesedaran kendiri, pengurusan kawalan kendiri dan motivasi kendiri. Kompetensi sosial pula dibahagikan kepada dua subkomponen tersendiri iaitu kesedaran sosial dan kemahiran sosial.

Kesedaran kendiri bermaksud seseorang itu mempunyai kebolehan untuk menyedari perasaan yang tertentu dan dapat memberi tafsiran mengenai perasaaan terbabit. Kesedaran ini membolehkan seseorang itu menyedari tentang pemikiran yang mampu merangsang perasaan serta menyedari perasaan yang akan timbul akibat daripada tindakan tertentu yang diambil. Dengan itu, individu akan mempunyai penghormatan kendiri yang akan membawa kesejahteraan kendiri.

Pengurusan kawalan kendiri pula boleh dilihat dari beberapa aspek seperti kawalan kendiri, amanah, ketekunan, kebolehsuaian dan inovasi. Setiap aspek mempengaruhi watak individu dari segi emosi. Kawalan kendiri bermaksud seseorang individu itu dapat menguruskan emosi yang destruktif walaupun berada dalam tekanan. Amanah pula bermaksud seseorang individu itu dapat mengekalkan piawaian kejujuran dan integritinya. Seterusnya, ketekunan bermaksud seseorang individu itu bertanggungjawab atas prestasi diri iaitu mempunyai komitmen dan menunaikan janji, manakala kebolehsuaian bermaksud seseorang individu itu luwes (fleksibel) dalam menangani perubahan yang berlaku. Aspek terakhir iaitu inovasi pula bermaksud seseorang individu terbuka kepada idea-idea serta maklumat baru.

Motivasi kendiri pula boleh dilihat daripada beberapa aspek iaitu motivasi kecapaian, komitmen, inisiatif dan optimisme. Setiap aspek akan membentuk seseorang individu dari segi pengurusan personal mereka sendiri. Motivasi kecapaian bermaksud seseorang individu sentiasa berusaha memperbaiki piawaian kecemerlangannya dengan sentiasa menambahbaik prestasi dirinya. Komitmen bermaksud seseorang individu itu memberikan komitmen yang selaras dengan matlamat kumpulan atau organisasi. Inisiatif bermaksud individu tersebut mempunyai kesediaan bertindak apabila ada peluang dan sentiasa memanfaatkan peluang. Optimisme pula bermaksud individu mempunyai kecekalan untuk mencapai matlamat walaupun terdapat halangan.

Kesedaran sosial memerlukan perasaan empati yang tinggi, iaitu satu perasaan memahami klien dan rakan sejawat serta mengesan emosi dan memahami pendangan orang lain serta mengambil berat keatasnya. Tingkah laku mengembangkan orang lain bermaksud kita dapat mengesan bagaimana orang lain boleh mengembang dan kita menggalakkan kebolehan atau keupayaan tersebut. Kesedaran Organisasi atau Politik bermaksud kebolehan membaca arus emosi dan berupaya mengesan hubungan-hubungan kuasa dalam sesuatu kumpulan. Tingkah laku seterusnya pula adalah melayani kepelbagaian iaitu kita membina peluang melalui pelbagai ragam manusia.

Kemahiran sosial dibahagikan kepada lapan iaitu pengaruh yang bermaksud menggunakan taktik berkesan untuk mendapat keyakinan orang lain, komunikasi yang bermaksud kebolehan menyampaikan mesej dengan jelas,tepat dan meyakinkan, kepimpinan berinspirasi yang bermaksud membimbing dan memberi inspirasi kepada kumpulan dan ahlinya, pemangkin perubahan yang bermaksud inividu itu akan memulakan atau mengurus perubahan dalam kumpulannya, pengurusan konflik yang bermaksud individu dapat berunding dan menyelesaikan perselisihan dengan kumpulannya, menyemai dan mengekalkan hubungan iaitu memupuk perhubungan yang penting dan berhasil dalam interaksi sosial hariannya, kolaborasi dan kerjasama yang bermaksud individu dapat bekerja dengan orang lain dan mencapai matlamat yang sama dan yang terakhir sekali adalah keupayaan berpasukan yang bermaksud individu dapat mewujudkan synergi kumpulan dalam usaha mencapai matlamat yang sama dan individu tersebut akan sentiasa menyemai komitmen dalam kumpulan.

3.0 KEPENTINGAN KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI BAGI SEORANG PELAJAR

Kompetensi kecerdasan emosi (KKE) boleh didefinisikan sebagai kebolehan untuk mengecam perasaan diri sendiri dan juga perasaan orang lain serta memotivasikan diri untuk mengurus emosi diri serta perhubungan kita dengan orang lain dengan baik. Menurut Young(1996),kecerdasan emosi boleh didefinisikan sebagai sejenis kecerdasan sosial yang melibatkan kemahiran memantau serta membuat diskriminasi di antara emosi sendiri atau orang lain dan seterusnya memanfaatkan maklumat ini sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang itu.Kecerdasan emosi banyak dipelajari di dalam hidup kita dan kompetensi kita boleh berkembang sepanjang hidup kita.Kecerdasan Emosi juga dipanggil EQ(Emotinal Quotient) seperti IQ(Intelligence Quotient).EQ meninggalkan kesan yang mendalam dalam keseluruhan aspek dalam kehidupan seseorang individu.

Kecerdasan emosi mempunyai kepentingan yang tersendiri seperti membantu kita memberi respon yang pantas dan sesuai dalam menghadapi krisi kehidupan. Contohnya jika sebuah kereta datang secara tiba-tiba kearah kita. Mungkin kita akan terkejut lalu mengelak. Disebabkan tindakan yang pantas inilah yang menyelamatkan kita daripada terjadi sesuatu yang malang.

Selain itu kecerdasan emosi juga dapat membentuk seseorang itu mempunyai kesedaran emosi kendiri iaitu seseorang itu akan mengenali emosi dan kesannya.Individu itu juga dapat membuat tafsiran kendiri yang tepat serta mempunyai keyakinan diri dalam melakukan sesuatu perkara.Dengan demikian,individu tersebut akan mempunyai penghormatan kendiri yang akan membawa kebaikan serta kesejahteraan kendiri.Individu yang mempunyai memiliki kompetensi ini biasanya sedar bagaimana emosinya mempengaruhi prestasinya.Misalnya,jika emosi pelajar itu baik dan tenang pada hari tersebut,dia pastinya dapat melakukan sebarang tugasan dengan mudah dan ceria.

Pengurusan kawalan kendiri adalah merupakan salah satu kepentingan kecerdasan emosi ini.Pengurusan kawalan kendiri ini boleh dilihat di dalam pelbagai aspek seperti amanah,ketekunan,kebolehsuaian dan inovatif.Kawalan kendiri adalah merupakan sesuatu individu itu dapat menguruskan emosi yang destruktif.Individu yang mempunyai kompetensi ini biasanya dapat berfikiran waras dan berfokus dalam menghadapi tekanan.Individu itu juga sentiasa tenang dan positif semasa tertekan.Dari aspek ketekunan pula,individu yang mempunyai kompetensi ini akan mempunyai komitmen dan sentiasa menunaikan janji.Tugas yang dilakukannya juga kemas,sistematik dan teratur.

Antara kepentingan kecerdasan emosi yang lain ialah ianya dapat membentuk motivasi kendiri kepada seseorang itu.Motivasi kendiri boleh dilihat daripada beberapa aspek seperti motivasi kecapaian,komitmen,inisiatif dan optemisme.Tiap-tiap aspek tingkah laku ini juga membentuk sesuatu inidividu itu dari segi pengurusan.Motivasi kecapaian adalah bermaksud individu itu sentiasa berusaha menambahbaikan atau memenuhi piawaian kecemerlangan.Seseorang yang mempunyai kompetensi ini biasanya akan memberikan matlamat mencabar dan mengambil risiko yang dipertimbangkan. Misalnya seseorang yang berimpian besar pasti dapat melihat peluang perniagaan yang baik di tempat yang strategik. Dari segi komitmen pula, seseorang yang baik pasti dapat memahami serta mempunyai kompetensi untuk memahami nilai tujuan dalam misi.

Kecerdasan emosi juga turut membincangkan tentang cara-cara mengurus emosi dalam menghadapi situasi yang mencabar dan tuntutan masa kini.Di antara masalah emosi yang kita dapat lihat pada hari ini ialah kemurungan.Setiap orang itu selalunya murung jika mempunyai sebarang masalah seperti tidak gembira,lesu,masalah kewangan dan sebagainya.Diantara gejala-gejala kemurungan yang dapat dilihat ialah berputus asa,kecewa,sedih,rasa bersalah,berang dan lain-lain lagi.Kemurungan timbul akibat daripada emosi yang tidak terucap,terutamanya marah.Perasaan ini terjadi apabila terdapat kecenderungan untuk menyimpan perasaan getir dan mengumpulkannya ke satu tahap yang boleh membentuk kemurungan.Antara salah satu cara untuk mengatasi masalah kemurungan ini ialah dengan melibatkan diri dalam kegiatan fizikal.Individu yang mengalami kemurungan harus menghabiskan masa dengan bersukan,berlari-lari anak atau berenang.Sesetengah orang dapati amat berguna untuk melepaskan sebarang kekecewaaan dengan bermain tenis.Disebabkan sukan ini memerlukan daya fizikal yang tinggi,ia memberi satu kelebihan yang bermanfaat.

Masalah emosi yang lain yang dapat dilihat pada orang ramai hari ini ialah seseorang itu suka menyendiri. Individu itu mungkin membenci diri sendiri dan mendapati dirinya tidak bergaul dengan orang lain.Antara faktor yang menyebabkan keseorangan ialah kerana kurangnya bercakap serta mendampingi orang lain.Kita menolak persahabatan dan teman kerana perasaan rendah diri atau sebaliknya.Kita juga mungkin keseorangan disebabkan oleh kerana takut ditolak oleh masyarakat dan tidak dapat menurut seperti yang mereka kehendaki.Kemahiran sosial seseorang yang lemah juga turut mempengaruhi masalah keseorangan ini.Untuk mengatasi masalah ini,individu tersebut haruslah cuba untuk mempelajari kemahiran sosial.Ambil masa untuk mempelajari kemahiran bersosial untuk membentuk sesuatu perhubungan itu.Seseorang itu juga perlu bersikap positif dalam kehidupan harian.Bersikap positif kepada orang ramai dapat membantu kita untuk lebih dekat dengan mereka.

Selain itu, masalah emosi yang sering membelenggu kanak-kanak pada masa kini ialah tekanan dalam pembelajran. Salah satu tekanan yang berkaitan dengan pembelajaran ialah tekanan untuk berjaya dalam akademik. Ibu bapa pada masa kini lazimnya menaruh harpan yang tinggi terhadap anak-anak mereka untuk berjaya dalam bidang akademik. Hal ini membuatkan kanak-kanak berasakan tanggapan ibubapa mereka terhadap mereka berkait rapat dengan kondisi serta taraf pencapaian mereka dalam akademik di sekolah. Salah satu cara yang hampir efektif untuk mengatasi masalah ini ialah berfikiran positif. Pelajar haruslah tenang dan berusaha untuk mengelakkan fikiran mereka daripada terganggu sedikitpun. Mereka hendaklah memberi perhatian yang tidak terlalu seriua agar dapat mengelakkan tekanan perasaan.

Justeru,setiap individu perlu menjaga emosi mereka daripada terganggu agar kehidupan mereka akan menjadi lebih selesa.

4.0 CARA MENINGKATKAN KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

Sebagai seorang guru, kita haruslah berusaha menyediakan perangsang kemajuan emosi para pelajar dengan baik. Kecerdasan emosi pelajar lazimnya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti suhu bilik darjah, rutin bilik darjah dan organisasi bilik darjahsuasana bilik darjah yang sesuai akan mengundang keseronokan dan keselesaaan dalam kalangan pelkajar sehingga membuatkan pelajar mudah menimba ilmu. Elakkan suasan kelas yang gelap dan sempit supaya tidak mengganggu emosi pelajar.

Keadaan yang ceria dan kondusif mempengaruhi emosi dan minat serta

kecerdasan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dari segi emosi

perasaan seperti marah, bersaing untuk sumber yang terhad, dengki, memfitnah

dan lain-lain akan dikurangkan sekiranya pelajar menjalankan proses pengajaran

dan pembelajaran dalam suasana yang kondusif. Secara tidak langsung pelajar

akan berkembang dari segi sosial dan emosi dalam iklim bilik darjah yang positif

dan membina.

Cara meningkatkan penyuburanK ompetensi K ecerdasan Emosi adalah

guru perlu memainkan peranan sebagai role model. Guru sebagai role model

adalah untuk mencerminkan kompetensi kecerdasan emosi iaitu kompetensi

personal dan sosial. Gaya cakap, bertindak dan mengurus pengajaran dan

pembelajaran semuanya diperhatikan oleh pelajar dan mereka akan belajar atau

ikutnya. Jadi adalah penting supaya guru sentiasa menunjukkan subkompetensi

seperti kawalan emosi, kebolehpercayaan, ketekunan, optimis, motivasi kendiri

dan lain-lain yang berkenaan dengan kompetensi personal.

Ciri-ciri kompetensi sosial yang perlu juga ditunjukkan ialah empati,

membangunkan orang lain, melayani kepelbagaian, kepimpinan berinspirasi dan

membina perhubungan. Dalam kelas, terdapat pelbagai peluang untuk guru

menekankan nilai-nilai murni yang merupakan kompetensi personal dan sosial.

Contohnya, melayani kepelbagaian pelajar melalui layan saksama terhadap

pelajar lemah, miskin atau kurang upaya. Bahasa dan ayat yang digunakan haru

menunjukkan sikap adil, saksama dan mesra.

Guru boleh menggunakan teknik-teknik atau strategi pengajaran

seperti memberikan pembelajaran kolaboratif dan pembelajaran koperatif.

Pembelajaran Kolaboratif dapat memberi peluang kepada pelajar supaya

bercampur gaul dengan rakan-rakan dalam kumpulan lain dengan bekerjasam

antara sesama ahli kumpulan untuk menyelesaikan satu masalah. Dalam

melakukan sesuatu tugasan, setiap kumpulan boleh berkolaborasi supaya kongsi

maklumat untuk mendapat isi kandungan yang lebih mantap. Dalam proses

mencari maklumat dan membincang serta menghujah dan meneliti isi-isi, pelajar

perlu berinteraksi sosial dan menggunakan kompetensi personal dan sosial

supaya tidak ada banyak konflik atau perselisihan faham hasil daripada

kekasaran dalam percakapan atau mudah tersinggung atau pemonopolasian

oleh pelajar yang dominan dan sebagainya.

Guru perlu

mengambil peluang untuk menyemai nilai-nilai dan kompetensi personal dan

sosial di kalangan pelajar semasa aktiviti pembelajaran koperatif dikendalikan.

Contohnya, guru boleh mendengar pertuturan pelajar dan menegur sebarang

penyelewengan, menyelesai masalah konflik jika timbul pada langkah serta

penimbulan daya kepimpinan mengikut keadaan perlu diakui dan diberi peluang

untuk berkembang lagi. Penglibatan diri dalam kemahiran ³interpersonal´

merangkumi kemahiran membuat keputusan, mengendalikan konflik dan

mengekalkan hubungan baik antara ahli kumpulan. Oleh itu, pemberian

pembelajaran koperatif merupakan kaedah mengajar yang dapat menyemaikan

kompetensi kecerdasan emosi.

Sebagai guru, dia harus bijak mengaplikasikan penggunaan bahan

rujukan untuk mencungkil ciri-ciri emosi yang baik daripada pelajar. Sebagai

contoh, jika guru hendak mengajar tentang perasaan empati, penggunaan

gambar mangsa perang, gempa bumi atau sebarang malapetaka dunia boleh

mencapai tujuannya. Perbincangan tentang keadaan mangsa akan melahirkan

perasaan kasihan, empati dan kompetensi sosial lain seperti berorientasikan

perkhidmatan, kerja berpasukan atau membina perhubungan dapat dipraktikkan

melalui kerja sukarelawan.

Di samping itu, untuk meningkatkan penyuburanK ompetensiK ecerdasan

Emosi dalam kalangan pelajar, guru juga boleh mengadakan permainan dalam

pengajaran dan pembelajaran. Permainan mempunyai banyak kebaikan dari

segi pedagogi untuk mengajar atau membelajar sesuatu. Ia memberi elemen

keseronokan dalam pembelajaran yang akan menjadikan pembelajaran atau

pengajaran lebih berkesan dan mudah diterima. Permainan biasanya melibatkan

interaksi antara dua atau lebih individu.KompetensiKecerdasan Emosi

memainkan peranan penting sekiranya pelajar tidak pandai mengurus emosinya

dan juga tidak mempunyai kemahiran sosial yang sesuai, tentu akan

mewujudkan banyak perselisihan faham dan ketidakpuasan. Pelajar juga dapat

tahu cara untuk menangani kegagalan atau kemenangan serta perasaan empati

atau budaya bekerja secara berpasukan. Permainan seperti ³main peranan´,

permainan kad, kuiz atau aktiviti cergas lain bukan sahaja dapat

memperkembangkan minda tetapi juga boleh meningkatkan kompetensi

kecerdasan emosi.

REFLEKSI

Alhamdulillah syukur kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan baik. Alhamdulillah juga kerana saya dapat belajar ilmu mengenai kecerdasan emosi dalam silibus pembelajaran subjek KKE ini.

Tugasan ini menyedarkan saya sebagai seorang guru, bukanlah mudah untuk menguruskan emosi sendiri dan orang lain. Jika emosi menjadi tidak terkawal, buruk padahnya yang akan menimpa kita dan para pelajar. Imej guru juga akan tercabar oleh kerana hanya kesilapan seorang individu.

Selain itu, kerjaya guru juga semakin mencabar sejak belakangan ini berikutan sikap ibubapa yang sering menyebelahi anak anak sehingga mengenepikan peranan dan kehadiran seorang guru dalam mendidik anak mereka. Namun, saya akur, fenomena ini menjadikan kerjaya sebagai seorang guru menjadi lebih menarik.

Pada permulaan dalam menyiapkan tugasan ini amat sukar bagi saya kerana soalan yang amat sukar untuk saya memahami kehendak soalan namun begitu En.Azlan membimbing dan memberi banyak tunjuk ajar dan panduan dalam proses menyiapkan kerja kursus pendek ini.

Setelah itu saya mulakan proses pencarian maklumat melalui internet, buku-buku dalam perpustakaan dan tidak lupa melalui perbincangan dengan kawan-kawan.Dengan ini dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan lengkap dan dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

BIBLIOGRAFI

Micheal, A.J. (2006), Kompentensi Kecerdasan Emosi. Kuala Lumpur :

Kumpulan Budiman

Mohd. Azhar Abd. Hamid. (2004), Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi.

Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing

Abdul Fatah Penggunaan Minda Yang Optima Dalam Pembelajaran.

Unit Penerbitan Akademik UTM, 1992

Panduan Pengintegrasian Kompetensi Kecerdasan Emosi Dalam

Kurikulum Pendidikan Guru. Unit Kurikulum, Bahagian Pendidikan Guru, November 2003

Siri Pendidikan- Mohd Daud Hamzah-Emosi Dalam Pembelajaran

Menangani Masalah Tertekan- Anthony Yeo

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/kanak_content.jsp?lang=kanak&storymaster=0&storyid=1214278766296&substoryid=1203411823334

http://www.idesa.net.my/modules/news/article.php?storyid=1163

http://www.advencedcommunication.com.au/profiles/emotional_intelligence.html. 29/08/2008

No comments:

Post a Comment