Tuesday, October 4, 2011

sem3; matematik asas (isu,refleksi dan kesimpulan kajian)

ISU DAN OBJEKTIF KAJIAN

Isu yang ingin kami kaji dalam tugasan ini ialah keberkesanan atau interaksi antara pusat sumber Institut Pendidikan Guru Malaysia kampus Tun Hussein Onn dengan para penuntutnya. Pusat sumber ialah merupakan salah satu daripada kepelbagaian sumber maklumat yang boleh digunakan oleh pelajar dalam proses menyiapkan tugasan mahupun proses menimba ilmu. Oleh itu, ialah amat penting untuk memastikan keberkesanan pusat sumber digunakan sepenuhnya oleh para penuntut di IPTHO.

Dalam soalan kajian yang pertama, motif utama soalan ialah untuk mengenalpasti bilangan interaksi yang berlaku di antara responden dengan pusat sumber itu sendiri. Ini bagi memastikan pengaruh pusat sumber terhadap responden.

Manakala pada soalan kedua pula menunjukkan motif yang lebih terperinci iaitu untuk mengenalpasti mengapa responden menjalankan interaksi dengan pusat sumber. Hal ini dapat menunjukkan pengaruh pusat sumber yang kuat dalam proses pembelajaran presponden.

Soalan ketiga ingin mengambil tahu sejauh mana kedekatan penuntut dengan pusat sumber. Adakah proses pembelajaran yang dilakukan ketika masuk dalam pusat sumber hanya terhenti di dalam pusat sumber sahaja? Pelajar yang meminjam buku/item dari pusat sumber menunjukkan pusat sumber jelas amat dekat dengan dirinya.

Soalan keempat pula ditujukan untuk mengenalpasti item apakah yang sering dipinjam oleh penuntut. Keputusan kajian daripada soalan ini dapat memastikan pengaruh perkhidmatan manakah dalam pusat sumber yang lebih penting dan efektif untuk diubahsuai mengikut kesesuaian.

Soalan terakhir bertujuan untuk mengenalpasti kepatuhan dan sumbangan pengguna dari segi kewangan.

PENGHARGAAN

SYUKUR ke atas tuhan yang maha adil dengan limpah kurnianya akhirnya dapat juga kami menyiapkan tugasan yang penuh mencabar ini. Sesungguhnya tanpa rezeki daripada-Nya tidak mungkin dapat kami siapkan mengikut masanya.

Selain itu ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah bimbingan yang sudi meluangkan masa mengawasi perjalanan proses tugasan ini. Sesungguhnya tiada yang lebih penting dalam proses menyiapkan ktugasan kerja kursus pendek ini melainkan saranan dan tunjuk ajar daripada pensyarah. Dengannya, kami dapat menjalankan tugasan mengikut kehendak dan piawaian yang standard dan yang telah ditetapkan.

Ribuan terima kasih sekali lagi diucapkan kepada ibu bapa yang sudi memberi dorongan motivasi dan semangat jitu yang tidak terbelah bahagi disamping sahabat handai yang sudi memberi tunjuk ajar dan maklumat tambahan kepada kami.

Dikesempatan ini kami ingin memohon maaf jika terdapat beberapa perkara yang sumbang dan mengguirs hati pihak yang terguris. Sesungguhnya kami manusia biasa banyak melakukan kesalahan dan sentiasa naif bekerja. Apapun, segala bantuan dan jasa secara langsung atau tidak langsung daripada pelbagai pihak kami ucapkan jutaan terima kasih.

REFLEKSI

Tugasan kerja kursus pendek pada semester ini memerlukan kami menjalankan kajian secara soal selidik terhadap isu-isu sosial yang berlaku di persekitaran kami. Kajian yang dilakukan perlulah boleh dipamerkan dalam bentuk jadual atau pementasan grafik yang baik dan tepat. Kehendak tugasan yang mencabar ini nyata mengajar kami erti susah payah dalam usaha mendapatkan responden. Selain perlu bersaing dengan kumpulan lain untuk mendapatkan responden, kami juga perlu meyakinkan responden sasaran untuk sudi menjawab soalan daripada kami.

Kajian soal selidik ini memerlukan minimum 100 orang responden yang bersesuain dengan isu. Responden ini perlulah menepati syarat yang ass seperti tidak cacat mental, mampu berfikiran waras, sudah baligh dan mampu berfikir dengan baik. Ia amat mencabar untuk mengenalpasti responden manakah yang sesuai untuk dipilih kerana ada orang yang lebih suka menjawab dengan main-main dan tidak seirus. Dimana ini sudah pastinya akan merosakkan statistik kami nanti. Ia mengajar kami erti jujur dan sabar dengan karenah rakan-rakan.

Isu yang telah kami pilih ialah keberkesanan atau interaksi antara pusat sumber Institut Pendidikan Guru Malaysia kampus Tun Hussein Onn dengan para penuntutnya. Secara ringkasnya, ia ialah berkaitan dengan keberkesanan pusat sumber IPTHO. Selepas kajian, kami dapat belajar banyak perkara megenai pusat sumber IPTHO; bukan hanya boleh meminjam buku tetapi juga CD dan tesis daripada ahli fikir yang terkenal dunia juga terdapat di pusat sumber ini.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa banyak yang kami pelajari daripada misi matematik Asas pada kali ini. Diharap ilmu-ilmu ini berguna pada masa hadapan.

KESIMPULAN

Setelah siap mengkaji isu berkaitan keberkesanan pusat sumber IPTHO terhadap kehidupan penuntut IPTHO, kami menyimpulkan bahawa pengaruh pusat sumber, atau peranan pusat sumber dalam membantu para penuntut IPTHO menyiapkan tugasan atau hang sekadar mencari ilmu pengetahuan ialah sangat memberangsangkan. Ini ialah kerana, walaupun tidak ramai yang begitu aktif meminjam buku atau item bantuan lain, namun berdasarkan daripada soalan 4, ia menjelaskan hampir separuh daripada responden, dimana peratusan ini turut boleh di anggap mewakili seluruh pelajra IPTHO masih bergantung kepada pusat sumber untuk mencari maklumat tambahan walaupun perlu diakui, pengaruh internet makin berkembang pesat pada ketika ini.

Kajian ini juga membuktikan pusat sumber masih berperanan untuk membantu pensyarah dengan bertindak sebagai salah satu alat bantu mengajar yang efektif, efisyien dan berkesan kepada para pelajar. Ini dapat ditunjukkan dalam statistik soalan ke-2 yang menunjukkan hampir 50% daripada responden yang mengambil bahagian dalam kajian ini menjawab soalan 2 ini dengan jawapan ‘B’.

No comments:

Post a Comment