Tuesday, October 4, 2011

sem3; kemahiran berfikir

KEPENTINGAN MENGUASAI KEMAHIRAN BERFIKIR

George (1970) melihat pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalah

dan pelakuan semula jadi yang kompleks. Edward de Bono (1976) pula mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah,malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu dengan pelbagai perspektif bagimenyelesaikan masalah. Meyer (1977) pula melihat pemikiran sebagai melibatkan pengelolaan operasi-operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah.

Menurut Chaffee (1988) pula, pemikiran merupakan proses luar biasa yang digunakan

dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Vincent Ryan Ruggiero (1991) pula menyatakan berfikir ialah apa sahaja aktiviti mental yang membantu untuk memformulasi atau menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan menyempurnakan sesuatu kemahuan untuk memahami sesuatu (mencari jawapan dan mendapatkan makna). Fraenkel (1980) pula berpendapat bahawa pemikiran merupakan proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna, dan pemahamanterhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan, atau menyelesaikanmasalah.

John Barell(1991) pernah mengatakan “…. I define thinking as a search for meaning and understanding that can involve the adventurous generation of options, theattempt to arrive at logical, reasonable judgements and reflection on the proses.” (merupakan kecekapan proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menjelajahi pelbagai kemungkinan idea,membuat keputusan, menyelesaikan masalah, membuat pertimbangan secaralogik serta membuat refleksi atau tinjauan semula terhadap proses pemikiran yang dilalui).

Secara umumnya, “pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atauciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan danmenyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami”.

Dalam bidang pendidikan, adalah mustahil untuk kita mengelakkan aktiviti berfikir. Berfikir satu ketika dahulu pernah di anggap sebagai bakat, hadiah atau kelebihan yang diperoleh daripada sejak azali; yakni sejak dilahirkan. Dengan pemahaman seumpama ini, aktiviti berfikir ialah satu perkara yang amat jarang berlaku; dimana hanya dilakukan oleh orang yang di anggap istimewa dan berbakat. Genius. Namun demikian, seiring dengan perkembangan globalisasi ini, pemahaman masyarakat tetang aktiviti berfikir turut berubah. Perspektif kecil yang membelenggu masyarakat kini terburai. Kini, berfikir tidak lagi di anggap sebagai bakat si genius. Ia telah di anggap sebagai kemahiran, Kemahiran yang boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja yang mahu mempelajari tentangnya.

Seorang guru bertanggungjawab mengajar kemahiran ini kepada anak-anak muridnya. Memperoleh anak murid yang boleh menguasai kemahiran berfikir boleh memudahkan proses pembelajaran yang akan dilakukan.

Kita sering terjumpa, atau pernah menemui mungkin seorang atau lebih, pelajar yang pandai, bijak dalam segala macam hal pengetahuan am namun apabila tiba hari peperiksaan, kebijaksanaan itu tidak dapat diterjemahkan ke dalam bentuk markah yang baik dan cemerlang. Di manakah silapnya? Menurut pandangan Arthur Doyle (1976), salah satu sebab yang berlaku ialah pelajar tersebut tidak dapat memenuhi kehendak soalan. Mengapakah ini berlaku? Ini ialah kerana kekurangan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Atau dengan lebih tepat lagi, tanpa kebolehan menghubungkan pengetahuan dan info yang ada menjadi satu jawapan; tanpa kemahiran berfikir. Salah satu daripada unsur kemahiran berfikir ialah kemahiran menghubungkan maklumat. Sebagai contoh, kita tahu burung penguin hidup di Kutub Utara. Dalam fakta yang lain pula, diketahui bahawa beruang kutub hidup di Kutub Selatan. Apabila ditanya adakah beruang kutub memakan penguin, adakah kita akan mengasingkan penguin daripada senarai jawapan kita? Sebahagian besar orang akan memasukkan spesies burung titu ke dalam senarai jawapn mereka kerana lazimnya, beruang kutub memburu mamalia yang digambarkan berada di kawasan kutub; berais dan sejuk (tanpa menimbangkan samada kutub selatan atau utara). Ini menunjukkan, tanpa kemahiran berfikir, sukar untuk menidakkan kenyataan penguin dimakan oleh beruang kutub. Ketidakbolehan pelajar mengelaskan perkara ini dalam masa yang singkat mungkin akan menganggu proses pembelajaran.

Kemahiran berfikir juga dapat memupuk pembelajaran berdaya fikir. Contohnya, para pelajar mempunyai pengetahuan awal tentang keadaan dan pengetahuan tentang persekitaran sebelum memasuki alam persekolahan. Untuk meningkatkan pengetahuan, mereka harus menilai, mengkritik, mengubah suai dan membina semula pemahaman mereka secara aktif dalam pemikiran mereka. Apabila melihat bubu, atau jala ialah alat yang paling mudah untuk menangkap ikan, mereka yang tahu menguasai kemahiran berfikir akan menilai, alat manakah yang lebih baik untuk menangkap ikan dengan lebih efektif? Jala, bubu atau kail? Oleh itu, kemahiran berfikir dapat menggalakkan pelajar mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada dalam atau luar sekolah serta menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif.

Selain itu, kemahiran berfikir juga penting kerana ia akan melahirkan pelajar yang peka terhadap persekitaran dan membolehkannya menghasilkan karya karangan yang baik berdasarkan pemerhatian dan taakulan yang telah dilakukan dengan kemahiran berfikir yang dikuasai olehnya. Seorang pelajar tanpa kemahiran berfikir yang tinggi akan menghasilkan satu tugasan yang datar, kurang menarik dan ini amatlah mendukacitakan. Bahkan, menjadi satu tanggungjawab kepada guru pula untuk mmemperbetulkan kesalahan yang dilakukan.

Kemahiran berfikir kristis juga begitu penting kerana murid-murid diajar berfikir dan belajar cara menyoal; iaitu bilakah masa yang sesuai untuk menyoal dan jenis soalan yang hendak ditanya dan belajar bagaimana menaakul; iaitu bilakah masa yang sesuai untuk menaakul dan kaedah penaakulan yang hendak digunakan. Dalam peroses pemikiran kritikal ini, murid perlu memahirkan diri mereka dalam beberapa aspek. Kemahiran yang seterusnya ialah pelajar mahir dalam menyatakan sesuatu kenyataan dengan jelas. Jika semua pelajar mengetahui kepentingan menguasai kemahiran berfikir ini maka akan lahirlah satu generasi yang cemerlang. Ramai pelajar di sekoalah, terutamanya pelajar tahap satu yang masih lagi menggunakan ayat yang kurang jelas maksudnya dan ini akan mengakibatkan kenyataan yang ingin diluahkan oleh seseorang pelajar itu sukar atau akan disalah fahamkan. Namun, dengan menguasai kemahiran berfikir ini para pelajar akan dapat menyatakan sesuatu kenyataan itu dengan jelas dan tepat. Selalunya keadaan ini dan situasi dimana para pelajar menyampaikan maklumat atau kenyataan yang kurang jelas ini ialah di kawasan-kawasan pedalaman serta kawasan luar bandar.Jadi dengan ini para pendidik haruslah mengetahui akan kepentingan menguasai kemahiran berfikir agar suatu masa nanti tidak akan ada para pelajar yang menyampaikan maklumat yang kurang jelas.

Kepentingan yang seterusnya dalam menguasai kemahiran berfikir ialah kepentingan Global, Nasional dan Individu. Zaman ini adalah zaman persaingan kekuatan minda dan fikiran. Ledakan maklumat telah menyebabkan situasi di mana bagaimana menguasai pengetahuan lebih penting daripada apa yang dikuasai. Oleh itu, persaingan global yang hebat telah menyebabkan negara kita melancarkan rancanga Multimedia Super Corridor (MSC), di mana kekuatan minda akan membolehkan negara kita mendahului negara – negara yang lain dalam abad ke-21

Kemahiran belajar juga penting kerana ia mengajar pelajar menumpukan perhatian kepada beberapa isi-isi penting. Para pelajar kadang-kadang tidak nampak dan kurang menumpukan kepada beberapa isi-isi penting terutama apabila membuat rumusan terhadap sesuatu artikel ataupun jurnal. Dengan menguasai kemahiran berfikir ini para pelajar akan dapat menumpukan kepada isi-isi penting terutama dalam membuat rumusan. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh guru-guru di Malaysia mendapati bahawa pelajar-pelajar di sekolah berasrama penuh seperti di MRSM, hampir kesemua para pelajarnya dapat menguasai kemahiran berfikir dengan cemerlang. Dengan ini para guru haruslah menggalakkan para pelajar di sekolah-sekolah harian biasa menguasai kemahiran berfikir untuk masa depan mereka yang bakal terjamin. Selain itu juga,fikiran para pelajar akan terbuka iaitu mahir dalam menyatakan sesuatu kenyataan dengan jelas agar ilmu yang dimiliki oleh para pelajar meluas dalam menyatakan sesuatu hal yang dibincangkan.

Pemikiran kreatif membincangkan bagaimana cara-cara atau teknik-teknik untuk memperluaskan dan memperkembangkan daya imaginasi, inovasi dan kreativiti individu untuk mendapatkan dan mengumpulkan banyak idea baru dengan dengan menggunakan pelbagai teknik kreatif. Kepentingan yang seterusnya ialah meningkatkan kualiti dalam berfikir.Seperti mana zaman sekarang ini ramai para pelajar yang tidak ada usaha dalam meningkatkan kualiti dalam berfikir terutama pelajar yang selalu ponteng sekolah,pelajar yang bermasalah dalam disiplin dan sebagainya.

Kemahiran berfikir untuk menghasilkan reka cipta boleh diajar dengan dengan melatih pelajar memperjelaskan sesuatu idea atau reka cipta dalam bentuk penulisan atau lukisan. Jika pelajar menghasilkan reka cipta melalui lukisan, guru bolehlah membimbing pelajar supaya membuat penjelasan bertulis terhadap rekaan mereka supaya lebih jelas lagi. Reka cipta boleh dibuat secara individu atau berkelompok. Aktiviti tersebut boleh dibuat di dalam bilik darjah dan mereka boleh mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Adalah lebih praktikal kalau semua pelajar membuat reka cipta daripada satu soalan. Ini bermakna maklum balas akan didapati daripada satu soalan. Selain daripada itu maklum balas daripada guru dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar. Para pelajar pula dapat membuat perbandingan dengan reka cipta pelajar-pelajar lain. Guru tidak perlu menjawab macam-macam soalan dari pelajar yang meminta maklumat lanjut berkenaan reka cipta yang mereka akan buat. Jawapan ”Buat apa yang kamu anggap paling baik”, sudah cukup. Lukisan itu kemudian boleh ditampal di dinding untuk sama-sama dinilai oleh guru dan pelajar.

Proses berfikir berlaku dalam dua tahap iaitu pada tahap pertama, minda akan membuat persepsi, pada tahap kedua dengan persepsi, minda melakukan pemprosesan logikal. Ini bermaksud, mengajar berfikir juga bererti mengajar pelajar membuat persepsi iaitu menajam dan mendalamkan daya persepsi. Kemahiran berfikir berbeza dengan kemahiran membuat kerana kemahiran berfikir hanya melibatkan pen dan kertas sahaja, walaupun dalam kemahiran reka cipta. Apa yang penting ialah proses berfikir untuk mengeluarkan sesuatu idea, yang kemudiannya diterjemahlkan dalam bentuk lukisan.

Kemahiran berfikir adalah perisai yang menjadi pelindung diri dari ledakan informasi yang tidak terkawal, dan dari satu keadaan di mana terlalu ramai orang yang cuba meyakinkan kita terhadap sesuatu. Kebolehan kita berfikir akan menyelamatkan kita dari jadi mangsa kepada keadaan-keadaan seperti yang dinyatakan di atas. Kebolehan berfikir membezakan kita dari haiwan yang lain: mereka lebih kuat, boleh melihat dan mendengar dengan dengan lebih baik – tetapi mereka tidak punya kebolehan untuk merancang, berfikir, atau berbincang dengan harapan untuk melihat sesuatu dari perspektif yang lebih baik. Perbincangan seterusnya berkisar pada elemen-elemen penting dalam proses ‘convincing’ iaitu meyakinkan atau diyakini dalam konteks penggunaan ‘claims’ (dakwaan) dan ‘arguments’ (hujah) dan topik-topik berkaitan.

Dalam Falsafah Pendidikan Negara, perkembangan daya intelek diberi penekanan bersama-sama dengan perkembangan rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu, bagi memastikan kemahiran berfikir dikuasai oleh pelajar, maka objektif penguasaan kemahiran berfikir telah didokumentasikan dalam kurikulum sekolah sama ada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) atau Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang membolehkan pelajar menguasai kemahiran berfikir, mengembangkan bakat serta kreativiti, mengembang dan meningkatkan daya intelek, seta pemikiran rasional, kritis dan kreatif.

Antara kepentingan menguasai kemahiran berfikir ialah untuk mengatasi kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit. Berfikir secara terburu-buru adalah berfikir tanpa menggunakan masa untuk meneliti unsur-unsur yang terlibat. Berfikir secara bercelaru pula ialah mereka yang berfikir tanpa mempertimbangkan semua faktor secara sistematik dan teratur. Manakala mereka yang berfikiran kabur akan berfikir tanpa mengorganisasikan maklumat dan pemikiran secara jelas. Pemikiran yang sempit pula adalah berfikir tanpa menggunakan maklumat yang mencukupi dan relevan. Kesemua kesilapan berfikir ini dapat dielakkan jika pelajar dapat menguasai kemahiran berfikir.

Kemahiran berfikir untuk menghasilkan reka cipta boleh diajar dengan dengan melatih pelajar memperjelaskan sesuatu idea atau reka cipta dalam bentuk penulisan atau lukisan. Jika pelajar menghasilkan reka cipta melalui lukisan, guru bolehlah membimbing pelajar supaya membuat penjelasan bertulis terhadap rekaan mereka supaya lebih jelas lagi. Reka cipta boleh dibuat secara individu atau berkelompok. Aktiviti tersebut boleh dibuat di dalam bilik darjah dan mereka boleh mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Adalah lebih praktikal kalau semua pelajar membuat reka cipta daripada satu soalan. Ini bermakna maklum balas akan didapati daripada satu soalan. Selain daripada itu maklum balas daripada guru dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar. Para pelajar pula dapat membuat perbandingan dengan reka cipta pelajar-pelajar lain. Guru tidak perlu menjawab macam-macam soalan dari pelajar yang meminta maklumat lanjut berkenaan reka cipta yang mereka akan buat.

Kepentingan yang seterusnya ialah berkemahiran untuk mencari jawapan kepada sesuatu persoalan. Kepentingan ini amat diperlukan oleh setiap para pelajar dalam pembelajaran.Ini kerana dalam pembelajaran para pelajar semestinya ada soalan-soalan yang memerlukan jalan kira ataupun dipanggil penyelesaian bagi sesuatu soalan. Dengan menguasai kemahiran berfikiri ini para pelajar mampu atau berkemahiran untuk mencari jawapan kepada sesuatu persoalan itu samada persoalan matematik , bahasa melayu , sains, biologi , fizik atau sebagainya. Zaman persekolahan adalah zaman di mana para pelajar perlu berfikir serta perlu menguasai kemahiran berfikir ini supaya mendidik serta menggalakkan kita untuk minda kita berfungsi dan selalu digunakan terutama di masa akan datang. Menguasai kemahiran berfikir ini memang sesuatu yang susah sebab itu para pelajar digalakkan untuk menguasainya bermula di zaman persekolahan lagi.

Penggunaan soalan dalam proses yang membabitkan Kemahiran Berfikir telah tidak dapat dinafikan lagi kepentingannya. Socrates, ahli falsafah Greek, 2500 tahun dahulu telah menegaskan betapa soalan adalah amat penting dalam berfikir secara kritis. Beliau telah mencadangkan penggunaan ‘deep questioning’ untuk melihat kebenaran sesebuah fikiran yang dilahirkan. Bloom juga telah menekankan tentang kepentingan penggunaan soalan dalam mengemblengkan kebolehan otak berfikir mengikut aras-aras (levels of thought processes) tertentu. Penegasan tentang kepentingan penggunaan berbagai soalan dalam Kemahiran Berfikir telah banyak juga disebut dan dicanangkan oleh ahli-ahli fikir dan penyelidik-penyelidik seperti Dewey, Guilford, Beyer, Morgan and Saxton, Kissock & Iyortsuun dan penulis-penulis kontemporari yang lain seperti Kerry dan Trevor, Kropp, Stocker, dan Kagan.

CARA GURU MEMBIMBING MURID DALAM BILIK DARJAH

Ilmu tanpa amalan ialah sia-sia. Begitu juga apabila murid mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi, tetapi tidak dapat menggunakannya dengan baik lagi. Oleh itu, dengan adanya kita sebagai guru-guru, kita perlulah membimbing mereka agar dapat membuat sesuatu pekerjaan dengan lebih baik bagi mendapatkan hasil yang bermutu sesuai dengan taraf mereka.

Langkah menerapkan kemahiran belajar yang dapat diaplikasikan dalam bilik darjah ialah dengan mengadakan aktiviti-aktiviti atau pemikiran kurikulum pemikiran kritikal dan menyediakan bahan yang dapat membantu atau menyokong buku teks yang tersedia ada. Bahan yang disediakan itu kemudian akan dipersembahkan melalui aktiviti - aktiviti perbahasan dan perbincangan di dalam kumpulan. Mewujudkan simulasi - simulasi atau “role model” kepada pelajar-pelajar juga yang boleh menimbulkan pendangan yang bertentangan dan pelbagai. Berbagai kaedah dapat di implementasikan bagi mewujudkan kemahiran berfikir di kalangan pelajar – pelajar sekolah rendah, menengah malah di pusat pengajian tinggi. Mengadakan aktiviti yang lebih mencabar minda mereka dengan aktiviti menganalisis akhbar dan artikel yang bertentangan dengan pandangan sewajarnya untuk dibincang oleh pelajar. Dapatkan pelajar membaca dan mengulas literatur yang mempunyai nilai – nilai dan unsur tradisi yang berbeza. Menggunakan kaedah “modellling” ialah guru menunjukkan bagaimana dia sendiri menggunakan sesuatu prosedur berfikir di depan murid – murid supaya kemudian dapat ditiru oleh murid. Ada kalanya mereka mengucapkan apa yang mereka fikirkan supaya dapat didengar oleh pelajar.

Kaedah seterusnya ialah melatih pelajar dengan kaedah kooperative, iaitu kerjasama antara kumpulan dengan individu atau antara individu dengan individu. Dengan kerjasama berpasukan, daya fikir pelajar akan berkembang dengan aktif kerana terdapat berbagai rangsangan tambahan seperti soalan daripada pasangan atau ahli-ahli pasukan dan perkongsian pengalaman masing-masing. Kaedah ini juga boleh digabungkan dengan kaedah ‘role model’ iaitu guru melakukan dahulu kemudian ditiru oleh murid dalam bentuk berpasangan atau berkumpulan. Edward de Bono, 1973, juga telah menggabungkan kaedah pembelajaran secara kooperatif.

Kaedah yang seterusnya ialah kaedah metakognitif, iaitu kaedah pemikiran tinggi. Kesan daripada kaedah ini ialah murid dapat mengawal fikiran bernas dan dapat membuat keputusan bernas yang terkawal dari segi emosi dan imaginasi berlebihan yang amat mengarut. Kaedah ini telah digunakan oleh Flavell, 1976; Haller, Child and Walberg, 1988. Novak and Gowin, 1984 menggunakan peta kognitif menzahirkan (ezternaliza) proses – proses mental manakala kaedah menyoal atau kaedah “dialogikal” digunakan oleh Paul, 1984.

Untuk mendapatkan kesan yang baik daripada usaha mengajar murid – murid berfikir, guru atau pendidik perlu memerhatikan latihan – latihan yang diberikan itu memberi makna (significance) kepada pelajar. Latihan yang diberikan itu perlu ada upaya untuk menimbulkan minat untuk belajar di dalam bilik darjah atau dimana sahaja situasi mereka dapat mengaplikasikannya. Guru juag haruslah memastikan latihan – latihan yang diberikan itu menyeronokkan pelajar untuk berlatih berfikir. Latihan – latihan yang diberikan itu juga mampu menolong murid – murid belajar mata pelajaran mata pelajaran lain dengan lebih berkesan. Kemahiran berfikir adalah penting dalam proses meninggikan lagi keupayaan belajar oleh kerana dengan menggunakan kemahiran berfikir pelajar dapat mengawal, memandu dan mengukur kemajuan mereka belajar, dan mereka dapat menggunakan pengetahuan yang sudah mereka pelajari dengan lebih produktif lagi. Pelajar juga dapat meninggikan lagi aras motivasi dalam diri mereka dengan cara tersebut. Ia juga akan mendorong para pelajar supaya lenih bersedia mengambil risiko, akan meninggikan estim dan kemerdekaan diri pelajar – pelajar. Oleh kerana belajar terdiri daripada pengetahuan, kemahiran dan sikap, maka kemahiran berfikir adalah sama pentingnya dengan kemahiran belajar.

Kaedah yang terakhir yang dapat diaplikasikan oleh guru – guru ialah melaui perbincangan. Perbincangan boleh diadakan di antara guru dan pelajar atau di antara pelajar – pelajar sendiri dalam kumpulan. Perkara – perkara untuk dibincangkan haruslah dirancangkan terlebih dahulu. Teknik ini juga berkesan dalam perkembangan kemahiran berfikir kerana terdapat interaksi untuk menerang, menjelas, menilai, membuat inferens, membuat interpretasi dan membuat kesimpulan.

Kesimpulannya, kemahiran berfikir adalah sangat penting dalam membentuk atau membimbing murid – murid supaya dapat melahirkan modal insan yang dapat berdaya saing dalam menghadapi dunia era globalisasi sekarang. Justeru itu, kemahiran berfikir perlu dilohat sebagai sesuatu yang serius oleh semua pihak bukan sahaja para pendidik dan murid – murid, malah individu – individu juga perlu mempraktikkan kemahiran berfikir agar dapat membuat sebarang keputusan dengan tepat dan sempurna.

IMPLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR

Menurut Wan Zahid Mohd Nordin (1993), kepintaran akal tidak menunjukkan seseorang itu mampu berfikir dengan baik sekiranya pelajar tersebut tidak menguasai kemahiran berfikir. Sejajar dengan itu, Raths dan rakan-rakan (1967) menegaskan bahawa matlamat utama pendidikan ialah untuk melatih pelajar berfikir dan mencapai tahap mahir berfikir. Kemahiran seumpama ini dapat dikuasai melalui pengajaran pembelajaran yang tersusun dan sistematik di samping mempunyai keazaman untuk memperbaikinya dengan latihan berterusan. Menurut Fisher (1993) yang memetik pendapat Piaget, setelah menguasai kemahiran berfikir dengan baik, pelajar perlu pula berfikir untuk mencipta sesuatu yang baru. Maksudnya pelajar bukan sahaja belajar apa yang ada di depan mata malah dikehendaki meneroka dan berfikir lebih jauh agar pelajar mendapat maklumat daripada pelbagai sumber.

Provokasi mendorong pelajar supaya berfikir ke arah yang hendak dicapai tetapi realiti yang wujud dalam pengajaran di bilik darjah kurang mencabar. Menurut Siti Zabidah Mohamed (1997) melalui dapatan kajian yang dijalankannya mendapati guru sering mengemukakan soalan yang lazimnya tertumpu pada aras pengetahuan dan kefahaman (aras rendah). Ini membuatkan pelajar hanya perlu meneliti maklumat dan fakta yang tersurat. Pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia 1994 (KPM/LPM, 1994) juga mengakui yang soalan SPM tertumpu kepada kehendak supaya pelajar memikirkan tentang ‘apa’ dan bukan tentang ‘bagaimana’. Menurut Sian Chin (1988) dan Yong (1990) bahawa pengabaian minda terjadi kerana soalan dan sistem pendidikan di negara ini mampu dikuasai dengan hanya pelajar menghafal dan mengingati fakta serta konsep yang dipelajari. Situasi pembelajaran demikian bercanggah dengan salah satu prinsip pembelajaran iaitu: “bukan apa yang disampaikan kepada pelajar tetapi sesuatu yang mendorong pelajar melakukan sesuatu ke atas maklumat itu yang menyebabkan pembelajaran”(Markle, 1977).

Kehadiran kemahiran berfikir penting dalam usaha menangani masalah, membuat keputusan, mengendalikan maklumat dan. Selain itu, kemahiran berfikir menjadi faktor yang menyumbang kepada kejayaan individu di sekolah dan kehidupan. Dengan alasan tersebut Keefe dan Walberg (1992) menyokong penuh penekanan pengajaran KBK di sekolah.Tambahan pula menurut Cropley (1992), zaman sains dan teknologi melibatkan perkembangan domain kreativiti untuk menentukan masa depan negara. Kreativiti tidak sahaja memberi kesan kepada kehidupan individu dan kualiti kehidupan manusia malah menurut Fryer (1996) kreativiti juga membuka laluan tentang bagaimana berdepan dengan kepantasan perubahan sosial, ekonomi dan perubahan teknologi. Perkembangan kreativiti membawa perbezaan yang signifikan kepada keberkesanan, kekuatan dan kejayaan pelajar.

Penggabungan antara isi kandungan dengan melibatkan hemisfera otak kanan memantapkan lagi pemikiran dan membolehkan seseorang berhujah serta memberi pendapat dan menyarankan idea yang bernas seterusnya melahirkan pelajar yang berketrampilan. Menurut Dewey(1992), Kemahiran berfikir penting bagi membuka minda pelajar memandang jauh ke depan dan berfikir dengan mendalam. Sejajar dengan itu, Paulo Freire dalam Giroux (1988) menyatakan Kemahiran berfikir merupakan langkah untuk mengelak pelajar daripada tergolong dalam budaya senyap yang mengongkong pemikiran dan tindakan. Wilks (1995) dan Fryer (1996) berpendapat bahawa guru memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan Kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar dengan membuka peluang pemahaman yang bererti kepada pengajaran pembelajaran. Penggunaan keseluruhan otak (HOKa dan HOKi) meningkatkan kualiti berfikir dan membantu pelajar menggunakan bahasa yang baik untuk menghasilkan idea-idea yang bernas, pendapat yang jitu, pandangan yang kritis dan kreatif.

Menurut Willen (1994), tujuan utama pendidikan ialah untuk memperkukuhkan daya fikir seseorang ke tahap maksimum supaya daya fikir seseorang itu agar lebih inovatif, kreatif dan imaginatif. Dengan mencerakinkan keseluruhan yang berkaitan kemahiran berfikir dalam pengajaran, ia memudahkan hasrat untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis. Sejak pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KPM/KBSR, 1983), Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KPM/KBSM, 1988) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (KPM/FPK, 1987) yang menekankan aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani; usaha untuk menyatukan keempat-empat aspek ini bertujuan melahirkan pelajar yang berfikiran kritis, analitis dan kreatif. Jelas di sini, pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan individu yang terdidik dari segi kognitif, afektif dan psikomotor agar matang berfikir, berkemahiran untuk memikul tanggungjawab dan mempunyai komitmen untuk mendukung aspirasi pendidikan negara.


Matlamat pendidikan negara ialah untuk memperkembangkan daya intelek
dan kerohanian ke peringkat yang maksimum. Perkembangan daya intelek dan
kerohanian generasi muda dikira perlu kerana generasi muda merupakan
penyumbang tenaga kerja utama negara. Tenaga kerja yang berkualiti merupakan
aset negara yang penting. Hakikat ini ditegaskan oleh Ohmae (1987), iaitu
mengenai kunci masa depan sesuatu bangsa bergantung kepada sumber manusia
dan bukan lagi kepada sumber alam semula jadi sebagaimana berlaku pada zaman
dahulu. Kualiti serta bilangan manusia terpelajar dan berkemahiran berfikir
merupakan penentu sama ada sesebuah negara itu makmur atau sebaliknya.

REFLEKSI

Pada ketika mendapat tugasan ini, saya berasa amat hampa kerana tidak tahu apa-apa mengenai kemahiran berfikir. Selama ini, saya menganggap orang yang berfikir ini ialah orang yang berbakat, bijak dan genius. Lagsung tidak mengetahui bahawa berfikir juga ialah termasuk dalam salah satu kemahiran yang boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja yang mahu mempelajari tentangnya. Subjek kemahiran berfikir ini mendorong saya untuk kuat berusaha agar menjadi seorang yang bijak berfikir, memandangkan saya bukanlah tergolong dalam kumpulan pelajar yang bijak; megira permasalahan metamatik mudahpun mengambil masa yang agak lama.

Sebagai langkah pertama dan permulaan bagi tugasan ini, saya menggunakan sepenuhnya kemudahan perpustakaan di IPTHO ini. Ia bukanlah satu tugas yang mudah memandangkan masa saya yang hampir penuh pada setiap masa dan menambahkan malang lagi, waktu operasi perpustakaan yang tamat pada pukul 5; sejam lebih awal daripada masa kelas saya habis. Namun, ia membuatkan saya belajar mendisiplinkan diri

Alhamdulillah syukur kerana saya dapat menyiapkan tugasan ini. Menggunakan perkhidmatan perpustakaan IPTHO dan internet sacara amnya, saya yakin info dan maklumat yang saya jadikan asas dalam pembinaan tugasan ini amat berpatutan dan sesuai dengan kehendak soalan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

lampiran





Robert Fisher

Teaching thinking and creativity

Developing creative minds and creative futures

Thinking Skills

Robert Fisher

A version of this paper is to be published in Arthur J, Grainger T & Wray D (eds) (in press) Learning to teach in primary school, Routledge Falmer

‘We need to think better if we are to become better people.’ Paul, aged 10

Introduction

In recent years there has been growing interest across the world in ways of developing children’s thinking and learning skills (Fisher 2005). This interest has been fed by new knowledge about how the brain works and how people learn, and evidence that specific interventions can improve children’s thinking and intelligence. The particular ways in which people apply their minds to solving problems are called thinking skills. Many researchers suggest that thinking skills are essential to effective learning, though not all agree on the definition of this term. If thinking is how children make sense of learning then developing their thinking skills will help them get more out of learning and life. This chapter looks at the implications of research into ways to develop thinking children, thinking classrooms and thinking schools.

Objectives

The aims of this chapter are to enable you to:

  • inform your understanding of ‘thinking skills’ and their role in learning
  • understand some key principles that emerge from research into teaching thinking
  • know the main approaches to developing children’s thinking
  • see how you might integrate a ‘thinking skills’ approach into classroom teaching

What are thinking skills?

Thinking skills are not mysterious entities existing somewhere in the mind. Nor are they like mental muscles that have a physical presence in the brain. What the term refers to is the human capacity to think in conscious ways to achieve certain purposes. Such processes include remembering, questioning, forming concepts, planning, reasoning, imagining, solving problems, making decisions and judgements, translating thoughts into words and so on. Thinking skills are ways in which humans exercise the sapiens part of being homo sapiens.

A skill is commonly defined as a practical ability in doing something or succeeding in a task. Usually we refer to skills in particular contexts, such as being ‘good at cooking’ but they can also refer to general areas of performance, such as having a logical mind, good memory, being creative and so on. A thinking skill is a practical ability to think in ways that are judged to be more or less effective or skilled. They are the habits of intelligent behaviour learned through practice, for example children can become better at giving reasons or asking questions the more they practice doing so.

If thinking skills are the mental capacities we use to investigate the world, to solve problems and make judgements then to identify every such skill would be to enumerate all the capacities of the human mind and the list would be endless. Many researchers have attempted to identify the key skills in human thinking, and the most famous of these is Bloom’s Taxonomy (see Fig 1).

Bloom's taxonomy of thinking skills (what he called ‘the cognitive goals of education’) has been widely used by teachers in planning their teaching. He identifies a number of basic or ‘lower order’ cognitive skills - knowledge, comprehension and application, and a number of higher order skills – analysis, synthesis and evaluation. The following are the various categories identified by Bloom and processes involved in the various thinking levels.

Bloom’s Taxonomy (Source: Bloom & Krathwohl 1956)

Cognitive goal ------------------------- Thinking cues

1 Knowledge -----------------------------Say what you know, or remember, describe, (knowing and remembering) repeat, define, identify, tell who, when, which, where, what

2 Comprehension ---------------------- Describe in your own words, tell how you feel (interpreting and understanding) about it, what it means, explain, compare, relate

3 Application ----------------------------How can you use it, where does it lead, apply (applying, making use of) what you know, use it to solve problems, demonstrate


4 Analysis -------------------------------- What are the parts, the order, the reasons why, (taking apart, being critical) the causes/problems/solutions/consequences


5 Synthesis ----------------------------- How might it be different, how else, what if, (connecting, being creative) suppose, put together, develop, improve, create your own


6 Evaluation ---------------------------- How would you judge it, does it succeed, will it (judging and assessing) work, what would you prefer, why you think so

You could plan or analyse many learning activities in terms of the above categories. For example when telling a story, a teacher might ask the following kinds of questions,

1 Knowledge What happened in the story?
2 Comprehension Why did it happen that way?
3 Application What would you have done?
4 Analysis Which part did you like best?
5 Synthesis Can you think of a different ending?
6 Evaluation What did you think of the story? Why?

Bloom’s taxonomy built on earlier research by Piaget and Vygotsky that suggested that thinking skills and capacities are developed by cognitive challenge. Teachers need to challenge children to think more deeply and more widely and in more systematic and sustained ways. Or as Tom, aged 10 put it: ‘A good teacher makes you think ... even when you don’t want to.’ One way inwhich you, as a good teacher, can do this is by asking questions that challenge children’s thinking.

TASK 1: Questions for thinking

Choose a story, poem, text or topic that you would like to use with children as a stimulus for their thinking. Using Bloom’s Taxonomy create a series of questions to think about and discuss after you have shared the stimulus with them. List your questions under Bloom’s six categories: knowledge, comprehension and application, analysis, synthesis and evaluation.

Why are thinking skills important?

Thinking skills are important because mastery of the ‘basics’ in education (literacy, maths, science etc.), however well taught, are not sufficient to fulfil human potential, or to meet the demands of the labour market or of active citizenship. Countries across the world are recognising that a broad range of competencies are needed to prepare children for an unpredictable future. These ‘higher order’ thinking skills are required, in addition to basic skills, because individuals cannot ‘store’ sufficient knowledge in their memories for future use. Information is expanding at such a rate that individuals require transferable skills to enable them to address different problems in different contexts at different times throughout their lives. The complexity of modern jobs requires people who can comprehend, judge and participate in generating new knowledge and processes. Modern democratic societies require its citizens to assimilate information from multiple sources, determine its truth and use it to make sound judgements.

The challenge is to develop educational programmes that enable all individuals, not just an elite, to become effective thinkers because these competencies are now required of everyone. A ‘thinking skills’ approach suggests that learners must develop awareness of themselves as thinkers and learners, practise strategies for effective thinking and to develop the habits of intelligent behaviour that are needed for lifelong learning. As Paul, aged 10, put it: ‘We need to think better if we are going to become better people.’

What does research tell us about thinking?

Research in cognitive science and psychology is providing a clearer picture of the brain and the processes associated with thinking (Smith 2002). This brain research has some important implications for teachers. For example we now know that most of the growth in the human brain occurs in early childhood: by the age of six, the brain in most children is approximately 90% of its adult size. This implies that intervention, while the brain is still growing, may be more effective than waiting until the brain is fully developed. Cognitive challenge is important at all stages, but especially in the early years of education.

Psychologists and philosophers have helped to extend our understanding of the term ‘thinking’, including the importance of dispositions, such as attention and motivation, commonly associated with thinking (Claxton 2002). This has prompted a move away from a simple model of ‘thinking skills’ as isolated cognitive capacities to a view of thinking as inextricably connected to emotions and dispositions, including ‘emotional intelligence’, which is our ability to understand our own emotions and the emotions of others (Goleman 1995).

There is also a growing realisation that we need to teach not only cognitive skills and strategies but also develop the higher ‘metacognitive’ functions involved in metacognition. This involves making learners aware of themselves as thinkers and how they process/create knowledge by ‘learning how to learn’ (see sections on ‘Self Awareness’ in the Primary National Strategy, DfES 2004).

Metacognition involves thinking about one’s own thinking. Metacognition includes knowledge of oneself, for example of what one knows, what one has learnt, what one can and cannot do and ways to improve one’s learning or achievement. Metacognition also involves skills of recognising problems, representing features of problems, planning what to do in trying to solve problems, monitoring progress and evaluating the outcomes of one’s own thinking or problem-solving activity.

Metacognition is promoted by helping pupils to reflect on their thinking and decision-making processes. Metacognition is developed when pupils are helped to be strategic in organising their activities and are encouraged to reflect before, during and after problem-solving processes. The implication is that you need to plan time for debriefing and review in lessons to encourage children to think about their learning and how to improve it. This can be done through discussion in a plenary session, or by finding time for reflective writing in their own thinking or learning logs.

The human mind is made up of many faculties or capacities that enable learning to take place. Our general capacity for understanding or intelligence was once thought to be innate and unmodifiable. As a child once put it: ‘Either you’ve got or you haven’t.’ The notion of inborn intelligence which dominated educational practice until the mid-20 th century was challenged by Vygotsky, Piaget and others who developed a constructivist psychology based on a view of learners as active creators of their own knowledge. Some researchers argue that intelligence is not one generic capacity but is made up of multiple intelligences (Gardner 1993). Howard Gardner’s theory of multiple intelligence has had a growing influence in recent years on educational theory and practice, although not all are convinced of its claims. Whether intelligence is viewed as one general capacity or many, what researchers are agreed upon is that it is modifiable and can be developed.

Key principles that emerge from this research include the need for teachers and carers to provide:

  • cognitive challenge , challenging children’s thinking from the earliest years
  • collaborative learning , extending thinking through working with others
  • metacognitive discussion , reviewing what they think and how they learn

This research and the pioneering work of Feuerstein, who created of a programme called Instrumental Enrichment, Matthew Lipman, who founded Philosophy for Children, and other leading figures such as Edward de Bono, creator of ‘lateral thinking’, have inspired a wide range of curriculum and programme developments (Fisher 1995). These include a range of teaching approaches that you could use, including ‘cognitive acceleration’, ‘brain-based’ approaches (such as ‘accelerated learning’) and ‘philosophical’ approaches that aim at developing the moral and emotional as well as intellectual aspects of thinking - caring and collaborative as well as critical and creative thinking. These are discussed below.

By the end of the twentieth century there was a widespread realisation that ‘key’ or ‘core’ skills of thinking, creativity and problem-solving lay at the heart of successful learning and should be embedded in primary and secondary school curricula. When the DfEE in England commissioned Carol McGuinness to review and evaluate research into thinking skills and related areas, key points that emerged from her study were that:

  • pupils benefitted from being coached in thinking
  • not one model, but many approaches proved effective
  • success was due to pedagogy (teaching strategies) not specific materials
  • strategies were needed to enable pupils to transfer thinking to other contexts
  • teachers needed professional support and coaching to sustain success

McGuinness (1999) points out that the most successful interventions are associated with a ‘strong theoretical underpinning, well-designed and contextualised materials, explicit pedagogy, teacher support and programme evaluation’ (p13).

In England the revised National Curriculum (DfES 1999) included thinking skills in its rationale, stating that thinking skills are essential in ‘learning how to learn’ . The list of thinking skills identified in the English National Curriculum is similar to many such lists: information processing, reasoning, enquiry, creative thinking and


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BIBLIOGRAFI

MUNIR SHUIB, AZLEA ZAINAL (2008). AKTIVITI BERFIKIR. PETALING JAYA, SELANGOR. PEARSON MALAYSIA SDN.BHD

DR. HM TUAH ISKANDAR(2004). MEMBINA IMAGINASI CEMERLANG. SHAH ALAM, SELANGOR. KARYA BESTARI.

MOHAMAD YUSOF HJ. OTHMAN(1993). MODUL PEMBINAAN BUDAYA ILMU. PETALING JAYA, SELANGOR. BUDAYA ILMU SDN. BHD.

http://www.scribd.com/doc/4025887/Kemahiran-Berfikir

http://www.scribd.com/doc/2523991/kemahiran-berfikir


No comments:

Post a Comment